Bayern Munich Berkeras Mahu Dapatkan Khidmat Harry Kane

Gergasi Jerman, Bayern Munich dilaporkan berkeras mahu dapatkan khidmat penyerang sensasi dunia iaitu Harry Kane untuk saingan pada musim hadapan demi memperkukuhkan serangan kelab.

Laporan daripada Sportbible ketika ini menyatakan Bayern Munich sedia tingkatkan bidaan mereka dalam usaha untuk memastikan Kane dapat ditandatangani sebelum saingan liga bermula.

Masa depan Kane menjadi subjek utama perbincangan sejak beberapa bulan ini, selepas pemain tersebut memasuki tahun terakhir beliau diikat kontrak bersama Tottenham Hotspur.

Pada awalnya, Manchester United menjadi pasukan paling awal menyertai saingan untuk cuba mendapatkan khidmat Kane bagi menyelesaikan isu serangan mereka pada musim hadapan.

Malah, Erik ten Hag juga telah menyenaraikan Kane sebagai antara pemain yang ingin dibeli untuk saingan musim hadapan mereka kerana menyedari kualiti beliau mampu menyelesaikan isu serangan United.

Namun, segalanya menjadi sukar buat mereka selepas tanda harga diletakkan untuk penyerang tersebut bernilai £100 juta dan pasukan tersebut terpaksa melupakan khidmat bintang sensasi itu.

Kini, Thomas Tuchel yang merupakan pengurus utama Bayern meletakkan Kane sebagai pemain utama untuk memisahkan beliau daripada Hotspurs bagi ditandatangani pada musim hadapan.

Pastinya Kane juga tidak lagi ingin kekal bersama Hotspurs, selepas kelab tersebut menamatkan cabaran musim ini dengan tiada sebarang kejayaan diraih di peringkat domestik atau Eropah.

Walaupun Hotspurs sudah pun menandatangani khidmat pengurus baharu iaitu Ange Postecoglou, kelab tersebut dilaporkan gagal untuk cuba menahan Kane daripada berpindah dalam masa terdekat.

Menurut laporan daripada wartawan sukan iaitu Florian Plettenburg, Bayern telah meningkatkan bidaan mereka yang sebelum ini bernilai €70 juta kepada €80 juta untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan England itu dan masih ditolak.

Malah, Plettenburg juga mengesahkan Kane ketika ini mempunyai minat yang sangat tinggi untuk menjadi sebahagian daripada pemain baharu Bayern.

Walaupun bidaan itu masih dianggap rendah buat Hotspurs serta ditolak, ianya mungkin mustahil untuk mereka membiarkan Kane meninggalkan kelab secara percuma sebaik sahaja kontrak pemain tersebut tamat.

Jika persetujuan kontrak baharu gagal untuk dicapai bersama, mustahil untuk Hotspurs menjual Kane tidak lama lagi dan membuatkan pasukan tersebut mengalami kerugian.

Rekod pemain tersebut dalam saingan English Premier League (EPL) harus diakui sebagai antara terbaik ketika ini sebagai penyerang, selepas Kane merekodkan 213 jaringan sepanjang bersama Hotspurs.

Malah, secara keseluruhan Kane telah pun meledak 280 gol dalam segala persaingan disertai pasukan tersebut termasuk peringkat Eropah.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN