Kenapa Harry Kane Dianggap Jauh Lebih Baik Berbanding Haaland?

Erling Haaland terus membuktikan beliau sebagai salah satu pembelian terbaik musim ini dalam saingan English Premier League (EPL) menerusi ketajamannya di hadapan gawang gol.

Walaupun begitu, beberapa pemerhati bola sepak masih menganggap ianya masih terlalu awal untuk menjulang nama pemain kebangsaan Norway itu kerana perjalanan Haaland bersama Manchester City masih lagi panjang.

Ada juga yang ketika ini sudah membandingkan ketajaman pemain muda berusia 22 tahun itu bersama penyerang sensasi Tottenham Hotspurs iaitu Harry Kane.

Ini kerana sejak beberapa musim lalu, Kane boleh disifatkan sangat berbisa menerusi sentuhannya di hadapan gawang gol untuk menjadi penyerang utama kelab tersebut.

Menurut pertahanan Southampton iaitu Kyle Walker-Peters, beliau Haaland ketika ini langsung tidak boleh dibandingkan bersama Kane kerana konsistensi penyerang England itu sudah terbukti sejak beberapa musim dalam saingan EPL.

Haaland yang menyertai City pada awal musim ini daripada Borussia Dortmund telah menjadi sangat sensasi untuk dibincangkan dalam kalangan pemerhati bola sepak serata dunia.

Pemain itu ketika ini sudah pun meledak 20 gol secara keseluruhan dalam 13 penampilan beliau bersama City, termasuk merekodkan tiga kali hatrik setakat ini bersama pasukan baharunya.

Impak besar beliau di bahagian serangan ketika ini menjadikan ada yang berpendapat Haaland mungkin dapat memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan EPL iaitu Alan Shearer.

Shearer telah menjaringkan 260 gol sepanjang beraksi dalam saingan EPL dan kini seorang lagi pemain dijangka dapat memecahkan rekod tersebut ialah Harry Kane.

Kane telah pun mengumpul 170 gol ketika ini dalam saingan tersebut untuk berada di tempat ketiga sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman di belakang legenda Manchester United iaitu Wayne Rooney dengan 208 jaringan dicetak beliau.

Musim ini Kane juga tidak kurang hebatnya apabila pemain tersebut sudah pun menjaringkan lapan gol daripada sembilan perlawanan bersama Tottenham untuk terus konsisten.

Ketika ditanya Walker-Peters jika Haaland lebih baik berbanding Kane, beliau jelas memihak kepada penyerang Tottenham itu atas beberapa faktor.

“Harry Kane telah pun membuktikan kualitinya bersama Tottenham sejak beberapa musim menerusi impak ketajaman di hadapan gol.

“Saya rasa Haaland berjaya memulakan musim pertama beliau dengan sangat hebat menerusi statistik yang sangat menakjubkan.

“Namun, untuk membandingkan beliau bersama Kane adalah mustahil kerana Haaland masih baharu dalam saingan EPL, sedangkan penyerang utama England itu sudah membuktikannya sejak beberapa musim.

“Haaland ketika ini jelas sedang cuba untuk membuktikan sesuatu yang beliau lebih baik berbanding Kane selaku penyerang.

“Namun Kane pastinya akan terus berada di kemuncak dan persaingan sengit antara mereka dua sangat bagus untuk merebut rekod penjaring terbanyak musim ini,” jelas pertahanan Southampton itu menerusi Sport Bible.

Beliau menyatakan perkara tersebut sebelum perlawanan antara Southampton dan City berlangsung, dimana pasukan diwakili beliau tewas 4-0 dan Haaland sekali lagi tampil selaku salah seorang penjaring gol.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN