Ifedayo Akui Perlu Sabar Untuk Capai Persefahaman Bersama Kedah

Penyerang sensasi Kedah Darul Aman (Kedah), Ifedayo Olusegun mengakui beliau perlu lebih bersabar untuk mencapai tahap persefahaman terbaik bersama pasukan tersebut di atas padang pada aksi seterusnya akan datang.

Ifedayo menjadi import terbaharu yang ditandatangani Kedah pada jendela perpindahan kedua musim ini, selepas pasukan tersebut sah melepaskan Willian Lira lebih awal untuk bersama Chonburi FC di Thailand.

Seperti diketahui, Ifedayo merupakan antara penyerang cukup berbisa pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama rekod cukup menyakinkan bagi mewakili tiga kelab berbeza iaitu Felda United, Selangor, serta Melaka United.

Kemuncak karier Ifedayo yang akan diingati para penyokong bola sepak tempatan pastinya ketika beliau memperoleh kejayaan Kasut Emas selama dua musim berturut-turut ketika beraksi untuk Selangor.

Malah, Ifedayo sudah pun membuka akaun jaringan sulung beliau musim ini bersama Kedah, selepas jaringan penalti beliau membantu Sang Kenari menewaskan PDRM menerusi keputusan penuh 2-0.

Walaupun begitu, Ifedayo memasang tekad untuk beraksi dengan lebih baik pad aksi seterusnya walaupun sudah menjaringkan satu gol musim ini bersama Sang Kenari.

Kata penyerang kelahiran Nigeria itu, beliau mengakui masih memerlukan masa untuk membuktikan keupayaan sebenar seperti pernah dilakukan pada musim-musim sebelum itu bersama Selangor.

Ini kerana, beliau masih perlu untuk memahami cara permainan Kedah yang tampil sedikit berbeza berbanding kelab lain pernah diwakilinya sebelum itu.

“Kedah suka menguasai permainan tetapi saya bukanlah penyerang yang boleh mengatasi pertahanan lawan. Saya lebih suka berada pada posisi yang terbaik untuk menunggu hantaran dan melakukan penyudah.

“Jadi saya perlu bersabar untuk mendapatkan persefahaman yang lebih mantap bersama rakan sepasukan kerana kami memerlukan beberapa lagi perlawanan untuk lebih memahami antara satu sama lain.

“Dengan latihan sahaja tidak mencukupi kerana situasi latihan dan perlawanan sebenar begitu berbeza,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, penyerang berusia 32 tahun itu mengakui tidak sabar untuk beraksi di halaman sendiri dengan jangkaan penyokong Sang Kenari bakal memenuhi Stadium Darul Aman (SDA) bagi melihat kelab kesayangan mereka menentang Kelantan United.

Ifedayo juga menyatakan beliau tidak berada dalam keadaan tekanan meskipun harapan tinggi diletakkan oleh penyokong untuk melihat beliau beraksi dengan sangat bagus.

“Kemenangan di Petaling Jaya ini sudah pasti akan meningkatkan lagi keterujaan penyokong kami di tempat sendiri.

“Sebagai pemain, saya perlu mengawal tekanan dan memberikan aksi terbaik buat para penyokong yang sentiasa berada di belakang kami,” tambahnya lagi.

Untuk aksi seterusnya, Ifedayo dijangka bakal menjadi pilihan utama Nafuzi Zain bagi pertemuan membabitkan Sang Kenari menentang Kelantan United dalam misi untuk mendapatkan tiga mata penuh.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN