“Siapa Lantik Mora? Saya!” – TMJ Buktikan Keputusan Mengekalkan Mora Pada Julai 2021 Tak Silap

Siapa tidak kenal Benjamin Mora? Bagi peminat bola sepak tanah air pastinya tidak asing lagi dengan nama pengendali pasukan yang cukup berpengaruh ini di Malaysia apabila berjaya membawa Johor Darul Takzim menempa pelbagai kejuaraan di peringkat domestik serta terkenal dengan sikap optimisnya.

Kejayaan Mora untuk membawa nama JDT dalam saingan ACL 2022 peringkat Kumpulan I setakat ini pastinya menjadi bualan ramai pihak setelah berjaya menundukan dua pasukan besar Asia selain mengikat satu pasukan jaguh dari Jepun untuk meletakkan pasukan kendalian beliau berada di puncak kedudukan kumpulan.

Mora tampil 2016 untuk cungkil bakat muda

Sebelum itu nama beliau bukanlah sesuatu yang terlalu positif buat para penyokong apabila ada sesetengah yang mempertikaikan kredibiliti beliau sepanjang karier Mora membawa JDT.

Beliau masuk menyertai keluarga JDT pada awalnya pada musim 2016 untuk membentuk pasukan ‘feeder’ club di Liga Premier dengan menaikkan ramai pemain-pemain muda berbakat ketika itu seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh sebagai pelapis bagi skuad utama.

Selepas itu, beliau mengembangkan karier dalam kejurulatihan bersama JDT untuk melatih skuad utama pada tahun 2017 bagi menggantikan khidmat Mario Gomez yang berpisah bersama kelab itu dan berhijrah ke Indonesia.

Peringkat awal bersama skuad utama

Sebelum melatih skuad utama JDT, beliau telah dihantar terlebih dahulu ke kelab Atletico Madrid, Sepanyol selama sebulan bagi menimba lebih banyak ilmu kejurulatihan yang diharap dapat menaikkan nama pasukan itu lagi setelah kembali di Malaysia.

Namun khidmat beliau tidak begitu lama bersama pasukan utama JDT sebelum disahkan oleh Pengarah kelab itu mengenai Mora kembali diletakkan selaku pengendali JDT II dan khidmatnya sementara digantikan oleh Raul Longhi dan Ismail Ibrahim.

Jodoh beliau nyata begitu kuat bersama gergasi Liga Super itu apabila pengendali dari Mexico tersebut kembali bersama pasukan utama JDT pada 2018 dan sejak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi untuk menghadiahkan pelbagai kejuaraan buat kelab kendaliannya sehingga kini.

Detik Mora hilang kepercayaan segelintir penyokong

Jika diimbas, pada tahun lalu segelintir penyokong JDT ada yang mempertikaikan nama Mora sewaktu membawa pasukan tersebut dalam saingan ACL di Thailand.

Ketika itu, JDT menampilkan aksi yang agak hambar apabila hanya mencatat satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan untuk mengakhiri Kumpulan G di tangga ketiga.

Dalam masa sama, laungan kemarahan segelintir penyokong semakin kedengaran apabila JDT hanya meraih keputusan seri sewaktu menentang Ratchaburi FC tanpa jaringan.

Enggan membiarkan situasi tersebut, tampil Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Tunku Ibrahim yang merupakan pemilik JDT menjadi individu pertama lantang mempertahankan Mora daripada terus diberi tekanan.

“Siapa lantik Mora? Saya. Kenapa tiada orang suruh saya out? Saja nak tanya. Tahun ini sudah ada satu piala betul? Setiap tahun dari 2014 ada satu atau dua piala betul? Ini ACL. Kita pernah menang game ACL, kita draw, kita kalah.

“Lawan kelab Jepun kita pernah menang, lawan kelab Korea kita pernah menang. Sekarang level kita belum cukup tinggi untu ACL. Tetapi untul bersaing di ACL adalah satu penghormatan. Kita satu-satunya kelab dari negara ini main ACL.

“Bagus untuk ada cita-cita tetapi cita-cita dengan khayalan berbeza. Pertama sedar diri level kita kelab Malaysia, kedua baru bermimpi, ketiga jangan berputus asa dan terus perbaiki diri,” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor di Instagram miliknya ketika itu.

Mora kembali bangkit dengan bermotivasi

Nyata musim ini Mora boleh tersenyum bangga apabila membuktikan kembali buat TMJ mengenai dirinya masih relevan dan mampu membuatkan penyokong JDT kembali bangga.

Mora juga menjadi individu penting yang bakal mengikut TMJ meletak jawatan sekiranya JDT tewas dalam saingan Piala Sumbangsih menentang Kuala Lumpur City musim ini setelah sebelum itu nama beliau sekali lagi dikritik hebat berikutan kekalahan buat kelab tersebut dalam aksi Piala Malaysia 2021.

Kesimpulan

Amat penting untuk meletakkan kepercayaan buat sesuatu yang ingin dihasilkan seiring dengan kesabaran sebelum hasilnya dapat dilihat.

TMJ antara contoh terbaik selaku pemimpin apabila baginda sentiasa meletakkan kepercayaan penuh buat semua ahli keluarga JDT dengan tampil mempertahankan kelab dari menjadi bahan kritikan serta kekal menyumbang dari segenap perkara agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Buktinya, JDT tampil dengan lebih baik pada musim ini untuk menutup mulut ramai pihak setelah ada yang menyatakan kelab tersebut hanya tampil kuat di peringkat domestik.

Semoga Mora terus tampil menyinar untuk membuka mata lebih ramai pemerhati bola sepak di luar sana kepada JDT.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN