ACL 2022: Giliran Kawasaki Frontale Buntu Tembusi Benteng ‘Kebal’ Johor Darul Ta’zim

Johor Darul Takzim terus memberi kesukaran buat pasukan-pasukan pilihan bagi saingan ACL musim ini apabila berjaya mengikat jaguh dari Jepun iaitu Kawasaki Frontale dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Skuad kendalian Benjamin Mora sebelum itu berjaya membuka mata ramai pemerhati bola sepak setelah membuktikan mereka bukan sekadar jaguh di saingan domestik, malah boleh memberi tentangan cukup besar di kejuaraan peringkat Asia apabila membenam Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai serta mengikat Kawasaki Frontale bagi terus mengukuhkan kedudukan di carta liga peringkat Kumpulan I.

Tampil dengan kesebelasan terbaik, nyata JDT berjaya mempamerkan persembahan mantap untuk memberi saingan sengit buat pasukan pendahulu J1 League itu sepanjang permainan tanpa memberi ruang buat lawan dengan selesa menguasai permainan.

Pada awal perlawanan tampak pasukan lawan hampir menjaringkan gol awal permainan setelah kesilapan dibuat oleh pertahanan JDT iaitu Shahrul Saad yang gagal untuk mengeluarkan bola dengan lebih baik sebelum diambil peluang oleh Leandro Damiao Santos bagi melepaskan rembatan deras dan Farizal Marlias tangkas menyelamatkan keadaan.

Daiya Tono hampir membuka jaringan awal permainan pada minit ke-26 setelah pemain tersebut mempunyai ruang bagi melepaskan rembatan setelah menerima umpanan cantik daripada Marcio Barbossa, namun percubaan tersebut sedikit melewati palang gol JDT.

Enggan sekadar menyerap asakan lawan, sesekali JDT berjaya mencipta beberapa peluang menerusi bahagian sayap serta satu percubaan menarik dilepaskan oleh Shahrul Saad yang berani naik ke atas untuk membantu serangan sebelum percubaan pemain kelahiran Perak itu ditepis penjaga gol lawan pada minit ke-39.

Aksi menarik terus bersambung di separuh masa kedua dengan intensiti permainan ditingkatkan oleh kedua pasukan bagi mencari gol pendahuluan, namun masing-masing dilihat buntu untuk melepasi antara satu sama lain.

Walaupun begitu, JDT nyaris berputih mata pada aksi malam ini apabila percubaan leret daripada Asahi Sasaki pada minit ke-76 berjaya menewaskan Farizal Marlias sebelum palang gol menjadi penghalang buat skuad kendalian Toru Oniki itu meraih tiga mata kedua mereka.

Keputusan perlawanan kekal dengan kedua pasukan ini terikat seri tanpa sebarang jaringan dan sekadar masing-masing mengutip satu mata.

JDT kini terus gah di persada Kumpulan I apabila mengutip 7 mata tanpa merekodkan sebarang kekalahan daripada tiga perlawanan dihadapi mereka.

Walaupun Bergson dan Forestieri gagal untuk meledak sebarang gol, kedua pemain ini masih mampu untuk menyukarkan pertahanan lawan merantai mereka selain kelibat Corbin Ong yang sangat cemerlang merantai pergerakan lawan serta membantu serangan.

Farizal Marlias juga antara pemain yang sangat cemerlang apabila tampil konsisten dengan memberi fokus sepenuhnya dalam perlawanan bagi mengelakkan gawang beliau dibocori oleh lawan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN