Pertahanan Kental Manchester United, Harry Maguire Dan Keluarga Terima Ugutan Bom

Pihak polis dilaporkan telah bergegas ke rumah Kapten Manchester United iaitu Harry Maguire semalam setelah pemain tersebut dikhabarkan menerima ugutan bom buat dirinya sekeluarga.

Menurut laporan daripada ESPN, pemain berusia 29 tahun ini terlebih dahulu telah pun membuat laporan mengenai ugutan ini kepada pihak polis setelah bimbang akan ancaman tersebut memberi kesan kepada keluarganya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, mereka telah dipanggil untuk membuat laporan mengenai ugutan bom tersebut yang terletak di kawasan Wilmslow.

“Tiada pemindahan akan berlaku, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga seekor anjing dari unit kepakaran bom telah dibawa ke alamat tersebut, Khamis 21 April, untuk menjalankan pemeriksaan di taman dan kawasan sekitarnya,”jelas kenyataan tersebut.

Setakat ini Maguire menetap di rumah bersama pasangan tunangnya dan dua orang anak. Secara tidak langsung, ancaman tersebut bakal memberi kesan buruk kepada mereka.

Menerusi jurucakap pemain, 24 jam lalu Maguire telah pun menerima ugutan berbahaya tersebut yang mengancam keluarga serta rumahnya yang memaksa pemain tersebut terus membuat laporan polis.

“Dalam masa 24 jam lalu, Harry telah pun menerima ugutan tersebut sebelum membuat laporan polis. Setakat ini, pihak berkuasa sudah pun memantau perkara tersebut dan meletakkan keutamaan buat beliau sekeluarga mengenai isu keselamatan pasukan.

“Beliau akan terus bersambung dalam sesi latihan bagi perlawanan akan datang dan kami tak akan membincangkan perkara tersebut buat masa ini dengan lebih lanjut,” jelas jurucakap tersebut.

Untuk rekod, Maguire menjadi salah seorang mangsa amukan para penyokong Manchester United setelah tampil dengan aksi yang kurang memberansangkan serta kerap membuat kesilapan mudah.

Pertahanan yang dibeli dengan tanda harga 80£ juta itu gagal untuk memberi impak yang positif bersama pasukan serta sering dipersoal oleh para penyokong mengenai kewibawaan Maguire selaku kapten pasukan.

Pada perlawanan baru-baru ini, Manchester United terus mempamerkan aksi hambar apabila tewas kepada Liverpool dengan keputusan 4-0 untuk terus menyukarkan kelab tersebut bangkit dengan lebih baik.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN