Shukor Adan: Jangan Jadikan Wabak Sebagai Alasan Lari Dari Tanggungjawab

Shukor Adan

Pemain berpengalaman yang kini menyarung jersi Kuala Lumpur, Shukor Adan berasakan sebarang cadangan untuk membatalkan saingan Liga Malaysia 2020 sebagai sesuatu yang tidak masuk akal ketika Liga Malaysia hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi bakal bersambung.

Jelasnya, selaku pemain yang telah melalui asam garam Liga Malaysia, beliau melihat mana-mana pengurusan yang mengharapkan liga ini dibatalkan sebagai seorang yang cuba lari daripada masalah.

” Saya sendiri tidak nampak kenapa saingan liga ini perlu dibatalkan dan jika isu kewangan ditimbulkan, adakah masalah itu tidak pernah ada sebelum adanya penularan wabak COVID-19 ini?

“Jangan jadikan impak wabak ini sebagai alasan mudah untuk melarikan diri daripada membayar gaji pemain dan hormati kontrak mereka.”

“Lagi satu, cadangan ini tidak adil kepada pasukan lain yang telah bekerja keras sejak latihan fasa 1 dibenarkan dan tiba-tiba mahu liga kita dibatalkan hanya kerana masalah pasukan tertentu sahaja,” katanya.

Saingan CIMB Liga Super akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini manakala Piala Malaysia bakal bermula pada 17-18 Oktober depan.

Semua pasukan telah dibenarkan oleh Malaysian Football League(MFL) untuk mengadakan perlawanan persahabatan bermula 2 Ogos lalu melibatkan antara pasukan CIMB Liga Super dan Liga Premier sahaja.

Kedudukan terkini saingan CIMB Liga Super selepas mengharungi empat perlawanan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang memimpin carta liga selepas mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu keputusan seri. Perak di tempat kedua dengan lapan mata manakala Pahang di kedudukan ketiga selepas meraih enam mata.

Sementara itu di Liga Premier pula, Terengganu 2 gah di tangga teratas selepas mencatatkan kemenangan bersih pada empat perlawanan dan Kelantan United mengekori di tempat kedua dengan sembilan mata.

Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berkongsi lapan mata tetapi anak buah Manzoor Azwira Abdul Wahid menghuni tangga ketiga berikutan kelebihan perbezaan jaringan berbanding skuad bimbingan Nidzam Adzha tersebut.

Kredit featured image: Kuala Lumpur Hawks

Baca artikel lain dari kami mengenai Shukor Adan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN