Shopee Piala FA: Selangor Perlu Bersedia Hadapi Serangan Berbahaya Tok Gajah

Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berpendapat barisan pertahanan Selangor perlu bersedia menghadapi rangkaian serangan pasukan Pahang yang lebih ampuh pada perlawanan akhir Shopee Piala FA sabtu ini.

Menurut beliau, barisan serangan import Tok Gajah yang terdiri daripada Patrick Cruz, Mohamadou Sumareh, Issey Nakajima dan Austin Amutu masing-masing mampu menjaringkan gol sedangkan The Red Giants hanya mengharapkan khidmat Rufino Segovia.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau meramalkan Pahang akan bergelar juara Piala FA musim ini berdasarkan pemerhatiannya terhadap prestasi skuad Tok Gajah ketika menentang pasukannya di separuh akhir.

“Kubu Selangor bakal berdepan dengan ‘peluru’ yang akan datang daripada pelbagai sudut sama ada tengah, kiri mahupun kanan. Ia sudah pasti sukar ditangkis pertahanan mereka.

“Situasi inilah yang kami hadapi ketika berdepan mereka pada separuh akhir. Kami cuba membendung tapi akhirnya tidak terdaya dan tewas,” kata Abu Bakar mengimbas kekalahan dengan agregat 2-3 kepada Pahang itu.

Beliau turut menjangkakan skuad kendalian Dollah Salleh itu akan cuba merantai pergerakan Rufino Sergovia kerana penyerang dari Sepanyol itu sangat berbahaya jika dibiarkan bebas bergerak.

“Dia terbukti seorang penyerang yang hebat. Tidak keterlaluan jika dikatakan, tanpa Segovia, Selangor tidak akan sampai ke tahap ini.

“Tapi, jika Pahang mampu merantai Segovia, Selangor akan berdepan masalah kerana mereka tidak mempunyai penyerang yang setara pemain itu.

“Atas faktor-faktor yang saya nyatakan, Pahang menjadi pilihan saya untuk muncul juara,” katanya.

FOTO: FMLLP

Sementara itu, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh pening memilih barisan terbaik untuk menentang Selangor sabtu ini kerana semua pemainnya kini bebas daripada kecederaan.

“Biarpun perkembangan positif buat pasukan menjelang aksi final, ia memerlukan saya membuat keputusan terbaik kerana hanya empat import dibenarkan beraksi dalam saingan Piala FA.

“Sebenarnya seronok apabila semua pemain termasuk yang cedera sebelum ini kembali untuk kebaikan pasukan. Tapi, saya perlu membuat keputusan tepat untuk menyenaraikan kesebelasan terbaik terutama empat import dalam memburu kejuaraan,” katanya.

Ditanya persiapan skuad itu menghadapi Selangor, Dollah akan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kejuaraan milik skuad Tok Gajah.

“Setakat ini, persiapan pasukan seperti biasa dan saya gembira dengan komitmen tinggi semua pemain demi memastikan kami muncul juara,” katanya kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN