Undian Sukan Asia 2018: Anak Buah Ong Kim Swee Berpeluang Jumpa Son Heung Min

Tugas sukar menanti skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) apabila keputusan undian acara bola sepak Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia sebentar tadi menyaksikan skuad negara diundi bersama Republik Korea, Kyrgyzstan dan Bahrain.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu telah diundi dalam Kumpulan E bersama 3 negara berkenaan yang disertai oleh 24 pasukan daripada 6 kumpulan.

Juara dan naib juara kumpulan iaitu 12 pasukan serta 4 pasukan terbaik tempat ketiga dalam kumpulan masing-masing akan layak ke pusingan kedua kalah mati disusuli suku akhir, separuh akhir serta akhir.

Keputusan undian itu juga bermakna anak buah Datuk Ong Kim Swee dijangka akan bertembung dengan bintang Tottenham Hotpurs yang beraksi dengan skuad Piala Dunia Korea Selatan baru-baru ini iaitu Son Heung Min apabila Malaysia B-23 dijadualkan bertemu Korea B-23.

Peraturan acara bola sepak Sukan Asia yang membenarkan 3 pemain yang melebihi had umur 23 tahun mewakili pasukan bola sepak masing-masing memberi peluang kepada Heung Min untuk mewakili negaranya.

Mengikut undang-undang di Korea Selatan, semua pemuda yang sihat tubuh badan wajib menjalani khidmat tentera selama 21 bulan dan undang-undang negara itu menyatakan tempoh khidmat itu perlu bermula sebelum usia mencecah 27 tahun.

Namun begitu, pemenang pingat emas temasya Sukan Asia atau Sukan Olimpik akan dikecualikan daripada menjalani khidmat tentera untuk tempoh hampir dua tahun itu.

Itu adalah sebab kenapa Son Heung Min berminat untuk mewakili negaranya beraksi di temasya Sukan Asia tahun ini di Indonesia yang akan berlangsung pada 18 Ogos hingga 2 September ini.

https://twitter.com/yousef_teclab/status/1010653061361164288

“Son mempunyai keazaman tinggi untuk beraksi di Sukan Asia,” kata Hak Bum seperti dilaporkan agensi berita korea selatan, Yonhap.

“Tapi sebelum itu ada Piala Dunia. Saya beritahu Son untuk bermain baik di Russia sebelum kami bertemu di Sukan Asia.” kata Kim Hak Bum, ketua jurulatih skuad Korea Selatan B-23.

Heung Min mempamerkan aksi cemerlang ketika dalam saingan Piala Dunia di Rusia minggu lepas apabila menjaringkan 1 gol ke atas Mexico ketika di peringkat kumpulan dan muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas Jerman di minit akhir dalam perlawanan yang cukup dramatik.

Menurut Hak Bum, beliau ada berjumpa Heung Min di Britain dalam kunjungannya ke Eropah bagi mencari calon untuk pemilihan skuad Sukan Asia.

Memandangkan pertandingan bola sepak Sukan Asia bukan dalam kalendar FIFA, kelab berhak tidak melepaskan pemain mereka tetapi laporan di Britain menyatakan Spurs mungkin memberikan pelepasan buat Heung Min.

Musim Liga Perdana Inggeris 2018-19 akan bermula pada 11 Ogos depan dengan final bola sepak Sukan Asia akan berlangsung pada 1 September.

“Ia isu sensitif. Saya percaya Persatuan Bolasepak Korea akan menangani perkara ini dengan baik,” kata Hak Bum.

Skuad bawah 23 tahun negara tewas tipis 1-2 kepada Korea Selatan ketika di peringkat suku akhir dalam kejohanan AFC B-23 di China tahun lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN