Shopee Piala FA 2019: Perak Teruskan Perjuangan, Raih Kemenangan 2-1 Berdepan Negeri Sembilan

Perak

Perak berjaya melepasi cabaran Negeri Sembilan selepas mencatatkan kemenangan 2-1 dalam saingan pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia 2019 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Tuan rumah diuji seawal minit ke-6 setelah Muhammad Ferris Danial Mat Nasir berjaya merampas bola dari kawalan Kenny Pallraj di kawasan Perak.

Namun, rembatan luar kawasan penalti yang diledakkan Ferris berjaya ditepis penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Skuad Jang hampir di hadapan pada minit ke-19 apabila Ferris yang mendapat hantaran berkualiti daripada Muhammad Izuan Mohd Salahuddin melakukan percubaan terkena tiang gol walaupun Hafizul Hakim sudah pun tertewas.

Perak yang kembali memperkemaskan aksi mencipta beberapa peluang mencipta jaringan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-40 menerusi Nazirul Naim Che Hashim.

Nazirul yang mendapat umpanan cantik daripada Wander Luiz Bitencourt Junior bijak meloloskan diri dari kawalan pertahanan Negeri Sembilan.

Kesempatan akibat langsung tidak dikawal pertahanan lawan dalam kawasan penalti digunakan sepenuhnya oleh pemain pertahanan kiri itu bagi melakukan percubaan leret yang melepasi celah kaki penjaga gol, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman.

Gilmar Jose Da Silva Filho yang masih dibelenggu masalah penyudah tumpul terus kecewa apabila dua percubaan berturut-turut dilakukan pada minit ke-42 berjaya dinafikan Kaharuddin.

Jose Almir Barros Neto menceriakan kem Negeri Sembilan pada minit ke-67 untuk kembali mengikat kedudukan selepas tandukannya hasil sepakan percuma diambil Shunsuke Nakatake membolosi gawang Perak.

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi muncul wira buat Perak selepas beliau dengan tenang menyambar hantaran lintang dilakukan J. Partiban untuk menghadiahkan gol kemenangan pada minit ke-78.

Jaringan kemenangan itu juga merupakan gol sulung buat Shahrel Fikri selepas kembali menyarung jersi Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN