Piala FA: Fakhrul Zaman Wira Kelantan United, Cipta Kejutan Benam Sabah

Kelantan United mencipta kejutan terbesar setakat ini dalam saingan Piala FA musim 2019.

Pasukan daripad liga M3 ini berjaya menewaskan pasukan Sabah pada pusingan kedua. Sabah berada dalam prestasi yang baik dalam saingan Liga Premier.

Fakhrul Zaman menjadi wira pasukan Kelantan United dengan gol kemenangan menerusi sepakan percuma beliau pada minit ke-6.

Ini merupakan penyertaan pertama Kelantan United dalam saingan Piala FA. Manakala Sabah pula menjuarai kejohanan ini sebanyak sekali serta menjadi naib juara sebanyak 3 kali.

Tersentak dengan jaringan itu, Sabah memperbaiki aksi mereka untuk mencari gol penyamaan. Namun aksi boleh dikatakan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Rozaimi Azwar melakukan percubaan tepat ke gawang gol Sabah, namun berjaya diselamatkan penjaga gol.

Pada minit ke-35, Taesu Park memiliki peluang untuk menjaringkan gol buat Tambadau, malangnya sepakan percuma beliau melepasi palang gol.

Pada akhir babak separuh masa pertama, pemain import Kelantan United, Elano menguji penjaga gol Sabah, namun gagal untuk menjaringkan gol.

Penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim antara pemain yang paling bekerja keras untuk memastikan gawang gol Sabah tidak bolos lagi.

15 minit selepas bersambung babak kedua, Fikram Mohamd mempersia-siakan peluang untuk menambah gol apabila hanya berhadapan dengan Rozaimie dalam keadaan 1 lawan 1.

Luka Milunovic kemudian sekali lagi hampir menyamakan kedudukan untuk skuad Negeri Di Bawah Bayu. Namun sepakan percuma beliau pula hanya menggegar palang gol.

Kelantan United berjaya bertahan dengan baik untuk memastikan kemenangan tipis yang bersejarah itu dicipta – sekaligus mara ke pusingan ke-3 saingan Piala FA 2019.

Sebaik sahaja tamat perlawanan, para pemain Kelantan United diberikan bonus kemenangan oleh Presiden kelab, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Kelantan United: Shahrizan Ismail (PG) (KP), Ahmad Nazri, Shamsul Kamal, Faizol Nazlin, Zafran Akramin, Amir Zikri, Fadhilah Fauzi, Rozaimi Azwar (Famirul Asraf), Shahrul Hakim (Fikram Mohamad), Fakhrul Zaman (Khairul Ramadhan) dan Carlos Zozimar.

Sabah: Rozaimie Rohim (PG), Rawilson Batui (KP), Dendy Lowa (Muhammad Mohd Safar), Taesu Park, Luiz Carlos, Mohd Azzizan, Rodoljob Paunovi, Luka Milonuvic (Mafry Balang), Randy Baruh, Ricco Nigel Milus dan Maxsius Musa.

Leave a Reply