Teka teki mengenai masa depan pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong telah pun dipastikan, dengan beliau akan terus kekal bersama skuad kebangsaan tersebut tahun ini.
Tae-yong yang gagal membawa Indonesia mara ke final Piala AFF 2022 telah menjadi mangsa kritikan segelintir penyokong Sang Garuda sebelum itu kerana aksi ditampilkan Indonesia sangat hambar.
Shin Tae-yong bakal memimpin Timnas Indonesia U-20 di putaran final Piala Asia U-20 2023.#bolaskorcom #shintaeyong #timnasindonesia #pssi https://t.co/SXIi6AXyIu
— bolaskor.com (@bolaskorcom) January 19, 2023
Beliau juga dikritik kerana gagal menyelesaikan isu ketumpulan di bahagian serangan Indonesia sebelum itu yang melepaskan banyak peluang gol, selain beberapa perkara lain lagi.
Ketika itu, persoalan mula timbul dalam kalangan penyokong jika Tae-yong akan dikekalkan bersama Indonesia pada masa akan datang atau disingkirkan.
Namun, Tae-yong jelas akan terus bersama Indonesia selepas beliau akan mengetuai kejurulatihan bagi skuad bawah 20 (B-20) untuk kejohanan Piala Asia, Piala Dunia, dan kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Pengesahan itu dibuat sendiri menerusi Exco Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Hasani Abdulgani untuk memastikan Tae-yong kekal sebagai pengendali skuad kebangsaan.
“Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong akan terus kekal di sini untuk misi seterusnya bersama skuad B-20 dalam saingan Piala Asia 2023,” jelas beliau menerusi Bola.com.
Untuk rekod, pengendali dari Korea Selatan itu masih lagi mempunyai baki kontrak sehingga bulan Disember 2023.
PSSI juga menyatakan kontrak Tae-yong mungkin akan terus dilanjutkan lebih lama berdasarkan prestasi beliau ketika ini bersama pasukan negara.
Pada masa sama, Tae-yong juga menyatakan kini beliau bersedia untuk mempersiapkan diri bersama skuad B-20 yang dianggap bakal berdepan cabaran besar pada tahun ini.
Shin Tae-yong dinilai berpeluang menjadi rebutan klub-klub Asia Tenggara jika didepak dari kursi kepelatihan Timnas Indonesia.
Simak infografis selengkapnya.#MNCTV #MNCTVNews #Infografis #BukanBeritaBiasa #ShinTaeyong #SepakBola #SepakBolaIndonesia #Timnas #TimnasIndonesia pic.twitter.com/rVv7IfVeAK
— Lintas iNews MNCTV (@Lintas_MNCTV) January 19, 2023
“Setelah melalui tempoh cuti yang agak singkat ini, saya akan kembali memulakan segalanya pada 1 Februari untuk mempersiapkan skuad B-20 sebelum menghadapi kejohanan Piala Dunia B-20.
“Ini adalah satu lagi kejohanan besar yang akan disertai oleh bintang muda negara iaitu Marselino Ferdinan bersama rakan-rakannya selepas beliau cemerlang meledak gol ketika aksi Piala AFF lalu.
“Saya akan melakukan segalanya yang terbaik untuk memenuhi harapan para penyokong Indonesia bagi kejohanan tersebut,” ulas Tae-yong dengan penuh rasa semangat.