Terkenal Dengan Gelaran ‘White Witch Doctor’- Vietnam Lantik Philippe Troussier Sebagai Pengganti Park Hang-seo

Park Hang-seo secara rasminya sudah pun sah tidak lagi mengendalikan skuad kebangsaan Vietnam selepas selesai menjalankan tugas terakhir beliau dalam aksi final Piala AFF 2022.

Selepas beberapa tahun menabur bakti bersama Vietnam, kini pengendali tersebut tidak lagi bersama mereka dan bakal digantikan oleh jurulatih baharu untuk terus menjulang negara berkenaan di pentas antarabangsa.

Pengendali yang dimaksudkan ialah Philippe Troussier, selepas beliau dilaporkan mencapai persetujuan bersama Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) sebagai ketua jurulatih utama negara tersebut.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi laman Asean Football di media sosial dengan menyatakan Troussier bakal mengambil alih jawatan tersebut selepas 31 Januari ini bagi menggantikan Hang-seo.

Troussier yang mendapat gelaran selaku ‘White Witch Doctor’ dalam kalangan peminat bol sepak sebelum ini telah pun mencipta nama di beberapa negara benua Afrika seperti  Ivory Coast, Nigeria, Afrika Selatan, dan Burkina Faso.

Terkenal dengan taktikal beliau yang berkualiti, Troussier juga sudah pun mencipta nama di pentas berprestij seperti saingan Piala Dunia sebelum itu sebagai pengendali bola sepak.

Antara kejayaannya ialah membantu Jepun memenangi kejohanan Piala Asia pada tahun 2000, serta menyertai kejohanan Piala Dunia FIFA pada musim yang sama.

Lebih menarik, pada tahun 2020 pihak AFC telah pun menyenaraikan nama beliau selaku salah seorang pengendali terbaik sepanjang zaman dalam sejarah Piala Asia.

Sebelum menyertai skuad senior, Troussier sebenarnya telah pun bertugas sebagai pengendali pasukan bawah 19 (B-19) Vietnam pada tahun 2019.

Ketika bersama skuad tersebut, Troussier telah membantu Vietnam untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia B-19 pada tahun 2020 dan beliau juga telah melahirkan ramai pemain-pemain berbakat buat negara berkenaan.

Dengan kehadiran Troussier, dijangka ia akan menyemarakkan lagi bola sepak Vietnam pada masa akan datanv menerusi pengaruh beliau dari tepi padang serta pengalaman dimiliki.

Selepas Hang-seo berjaya meninggalkan suatu legasi terbaik buat para penyokong Vietnam, kini segalanya akan diambil alih oleh Troussier untuk menentukan hala tuju seterusnya skuad kebangsaan tersebut.

Para penyokong juga pastinya tidak sabar untuk melihat bagaimana perjalanan bola sepak kebangsaan Vietnam tanpa Hang-seo dan adakah Troussier mampu memainkan peranan beliau dengan baik untuk terus membawa naik nama negara tersebut

Sumber:
Asean Football

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN