“Mahu Bantu Pasukan Kutip Mata”- Aguero Tekad Untuk Balas Kembali Kepercayaan Sri Pahang

Pemain tengah menyerang kebangsaan, Sergio Aguero boleh dianggap berada pada landasan terbaik pada penghujung musim lalu selepas beliau diberi status naturalisasi bersama Sri Pahang.

Walaupun sejak sekian lama tidak beraksi atas padang kerana menunggu proses tersebut selesai, aksinya selepas itu bersama Sri Pahang jelas memberi impak positif sehingga beliau dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Disebabkan kecemerlangan Aguero bersama pasukan negara itu, Sri Pahang telah pun memutuskan untuk mengekalkan beliau pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Tampil dengan status naturalisasi, Aguero dilihat sebagai suatu aset yang sangat bagus untuk Fandi Ahmad menggunakan beliau di posisi serangan utama atau tengah.

Jelas Aguero, pemain kelahiran Argentina itu tekad mahu membalas segala kepercayaan yang diberi oleh Sri Pahang selepas beliau sah dikekalkan bersama pasukan tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu juga berharap agar segalanya tampil dengan serba baik supaya beliau dapat membantu Sri Pahang meraih seberapa kejayaan termampu.

“Misi utama adalah untuk membantu Sri Pahang mengutip mata pada setiap perlawanan dan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya juga berharap musim ini dapat membayar balik kepercayaan pihak pengurusan (SPFC) tertinggi terutama Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang melakukan yang terbaik sama ada di dalam atau di luar padang.

“Terima kasih juga kepada semua kakitangan pengurusan kelab dan barisan kejurulatihan serta peminat Tok Gajah atas sokongan besar yang mereka berikan,” kata pemain tersebut menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, Aguero mula menyertai Sri Pahang pada tahun 2021 sebelum beliau dipinjamkan kepada Perak sepanjang musim tersebut.

Musim lalu menyaksikan beliau bersama Lee Tuck hadir diperkenalkan sebagai pemain naturalisasi terbaharu negara selepas Malaysia sebelum itu telah pun mempunyai Liridon Krasniqi, Mohamadou Sumareh, dan Guilherme de Paula.

Kejayaan Aguero yang turut menjadi salah seorang daripada senarai penjaring gol bersama Malaysia dalam saingan Piala AFF 2022, pastinya menaikkan lagi semangat beliau untuk konsisten bersama Sri Pahang.

Musim ini juga menyaksikan rakan sepasukan beliau di kem negara, David Rowley turut dikekalkan Sri Pahang dan pasukan tersebut jelas tampil dengan sesuatu agak mengujakan para penyokong tahun 2023.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN