Shahrul Saad Harap MFL Bersedia Dengan SOP Yang Sepatutnya

Shahrul Saad

Kapten Perak FA, Shahrul Mohd Saad berharap aktiviti bola sepak termasuk latihan pasukan dapat bermula lebih awal bagi memastikan semua pemain dapat mengembalikan kecergasan di tahap terbaik sebelum saingan Liga Malaysia dijangka bermula pada September ini.

Justeru dia percaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang baik bagi permohonanan semula kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi saingan Liga Malaysia kembali bersambung selepas ditangguhkan pada 16 Mac lalu akibat pandemik COVID-19.

“Mahu atau tidak, kita semua harus terima keputusan MKN ketika ini yang masih melarang segala aktiviti bolasepak dan semua ini adalah demi kebaikan semua pihak.

“Tetapi, saya harap MFL akan bersedia dengan SOP yang sepatutnya agar kita dapat buat persiapan secepatnya dan seandainya perlu perubahan, kita semua sudah bersedia dengan perkara itu.

“Saya juga percaya baik FAM dan MFL akan terus bekerja keras bagi memastikan kami dapat beraksi semula kerana sekarang ini situasi sudah berubah dan apa sahaja boleh berlaku.

“Saya akan teruskan latihan macam biasa secara sendiri walaupun agak terasa lain sebenarnya dan satu kali seminggu, jurulatih (Mehmet Durakovic) akan pantau perkembangan semua pemain”, jelas Shahrul Saad lagi.

Perkara itu turut dipersetujui oleh pemain tengah Terengganu FC, Nasir Basharuddin sambil menyifatkan bukan MFL sahaja yang perlu bekerja keras, malah dirinya sebagai pemain juga akan berusaha untuk membiasakan diri dengan normal baharu selepas ini walau di atas padang sekalipun.

Jelasnya, untuk bermain bola sepak dengan perlu mengikuti SOP yang sepatutnya adalah bukan mudah, tetapi itulah yang perlu akan menjadi rutin kebiasaan untuk semua pemain selepas ini bagi bersedia dengan langkah penjagaan lebih teliti.

“Kalau nak ikutkan, memang bukan senang untuk kita membiasakan diri dengan keadaan sekarang tambahan pula dengan pelbagai SOP yang ada.

“Tetapi, kalau tiada SOP, mustahil la untuk Liga Malaysia kembali bersambung dan untuk itu, saya sendiri sedang dalam proses untuk sentiasa bersedia dengan peraturan baharu selepas ini agar tidak kekok apabila sudah kembali ke padang.

“Macam-macam mana pun, kita semua kena menghadapi situasi baharu ini dengan lebih positif dan saya percaya MFL akan melakukan yang terbaik untuk kita kembali beraksi dalam Liga Malaysia”, katanya.

MFL dalam satu kenyataan media pada Ahad menerusi Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ab Ghani Hassan menegaskan, keputusan larangan sebarang aktiviti bola sepak adalah selaras dengan tindakan kerajaan yang memutuskan untuk melanjutkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

MFL akan sentiasa mengikuti perkembangan dan saranan daripada MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memberikan kebenaran kepada pemegang taruh Liga M untuk melaksanakan aktiviti bola sepak jika aksi domestik kembali bersambung musim ini.

Kredit featured image: Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga Malaysia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN