Julian Nagelsmann: Saya Tak Mampu Buat Apa-Apa Untuk Halang Werner

Julian Nagelsmann

Pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann memberikan isyarat jelas mengenai masa depan Timo Werner selepas mendedahkan beliau tidak mampu untuk melakukan apa-apa bagi menghalang penyerang berbisa tersebut meninggalkan pasukan.

Kenyataan terbaharu itu menyaksikan peluang seakan-akan terbuka luas buat beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang skuad kebangsaa Jerman itu.

Werner yang memiliki kluasa pelepasan bernilai £49 juta itu telah menjadi rebutan selepas cemerlang meledakkan 31 gol dalam 40 penampilannya pada musim ini bersama RB Leipzig.

Pada ketika ini, Liverpool dikatakan cukup berminat untuk membawa Werner ke Anfield dan The Reds dikatakan mendapat sedikit persaingan dengan Chelsea.

Sehubungan dengan minat yang ditunjukkan, pengendali kelab Bundesliga mengakui begitu sukar buatnya untuk mengekalkan Werner di Red Bull Arena.

”Tiada apa yang boleh kami lakukan mengenai perkara tersebut. Dia [Timo Werner] tahu apa yang dia ada di Leipzig dan juga apa yang dia ada dengan saya.”

”Saya menunjukkan kepadanya bahawa dia mendapat banyak peluang untuk mengembangkan bakatnya. Saya tidak tahun jika ia akan amat membantu sekiranya saya memberitahu kepadanya pada setiap hari.”

”Seorang pemain boleh merasakan dia akan menjadi lebih baik. Jika dia tidak merasakannya, tidak ada gunanya untuk saya mengatakan kepadanya untuk terus kekal di sini.”

”Pada akhirnya, ini adalah hidupnya, kariernya, dia boleh membuat keputusan. Saya tidak dapat memikirkan sesuatu yang baru untuk disampaikan kepada Timo,” ujar Nagelsmann menurut laporan Evening Standard.

Kredit featured image: TF-Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Julian Nagelsmann:

Leave a Reply