Shahrel Fikri Terbuka Sertai Kelab Lain Musim Akan Datang

Penyerang tempatan, Shahrel Fikri sehingga kini dilaporkan masih belum memutuskan hala tuju beliau untuk saingan musim hadapan selepas tampil konsisten tahun lalu bersama Negeri Sembilan.

Terdahulu, Shahrel telah pun mencipta 19 penampilan pada tahun lalu bersama Negeri Sembilan bersama aksi cukup menyakinkan walaupun terpaksa berehat seketika pada pertengahan musim akibat kecederaan.

Bersama skuad Hoben Jang Hoben, Shahrel yang beraksi di posisi penyerang telah pun meledak tujuh gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Aspek kualiti penyudah dimiliki beliau jelas tidak boleh diragui lagi selain berkebolehan beraksi di beberapa posisi serangan lain seperti sayap kiri serta penyerang kedua mengikut kesesuaian taktikal.

Walaupun begitu, Shahrel mengakui beliau masih belum mengetahui jika dirinya masih akan dikekalkan Negeri Sembilan atau bakal menyertai kelab baharu untuk saingan hadapan.

Malah, pemain tersebut turut mengakui masih belum menerima sebarang tawaran daripada sebarang kelab lain untuk beliau sertai selain Negeri Sembilan sendiri belum membuat sebarang keputusan.

“Sehingga kini, kedudukan pasukan mana yang akan saya sertai belum pasti kerana belum ada perbincangan dengan mana-mana pihak pengurusan pasukan termasuk dari NSFC sendiri berkaitan persiapan menghadapi saingan Liga M musim ini.

“Saya dimaklumkan pihak pengurusan NSFC mereka sedang membuat persiapan bagi urusan pelantikan ketua jurulatih baharu dan pentadbiran kelab terlebih dulu, sebelum berbincang dengan bekas pemain mengenai pembentukan pasukan musim baharu.

“Sebagai bekas pemain Negeri Sembilan, saya perlu menunggu perkembangan daripada pihak NSFC terlebih dulu, namun saya juga bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pasukan dan bersedia menyarung jersi pasukan Liga Super, sekiranya mendapat tawaran bersesuaian,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Terdahulu, beberapa laporan di media sosial menyatakan Shahrel bakal menyertai Kuala Lumpur City (KL City) untuk musim hadapan sebelum pemain itu menafikannya.

Malah, Sri Pahang juga antara turut dikaitkan bersama pasukan berkenaan untuk saingan hadapan selain kelab yang menaikkan nama pemain itu Perak untuk musim depan.

Namun seperti dakwaan Shahrel pada laporan, masih belum ada sebarang tawaran diberikan oleh mana-mana kelab kepada dirinya.

Pada pandangan anda, adakah Shahrel akan terus kekal bersama Negeri Sembilan atau berubah ke pasukan baharu untuk saingan hadapan?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN