Giliran Faisal Halim Pula Mahu Hadiahkan Motorsikal Baharu Buat Derrick Gan

Penyerang kebangsaan, Faisal Halim tampil sebagai insan seterusnya yang ingin menghadiahkan motorsikal baharu kepada penyokong setia Harimau Malaya di Qatae sebelum ini iaitu Derrick Gan.

Terdahulu, satu rakaman kamera telah terarah kepada salah seorang penyokong Malaysia yang berada di Qatar sedang menangis ketika situasi Harimau Malaya mendahului Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E, Piala Asia 2023.

Tangisan itu membuktikan betapa lelaki tersebut begitu terharu dengan keputusan semasa dicatat pasukan kebangsaan sehingga beliau sendiri tidak dapat menahan emosi di stadium.

Jika kita di sini yang menyaksikannya di kaca televisyen turut sebak, apatah lagi mereka berada di sana yang pastinya terharu akan keputusan berjaya dicatat skuad kendalian Kim Pan-gon.

Ini Kisah Cinta Lelaki Rambut Perang Kepada Harimau Malaya Di Qatar

Menerusi satu laporan pengguna media sosial Facebook, lelaki tersebut yang bernama Derrick Gan telah pun bertindak untuk menjual motorsikalnya demi menampung perbelanjaan ke Qatar.

“Semasa siaran langsung semalam, memang mata saya terpandang momen seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan dan menangis ketika Malaysia mendahului 2-1 dengan Korea Selatan.

“Kita yang menonton di televisyen pun teruja dan menjerit , apatah lagi kalau berada di dalam stadium menyaksikannya. Rupanya ada kisah menarik di seballik wajah Derrick Gan dari Melaka ini.

“Beliau sanggup menjual motosikal dengan harga RM4500 pada bulan Disember lalu demi ingin turut serta menonton Piala Asia di Qatar.

“Kenapa menonton bolasepak begitu penting bagi beliau ? Boleh saja menonton siaran langsung seperti kebanyakan dari kita.

“Tambahan beliau berbangsa cina yang kalau di Malaysia amat jarang beraksi sebagai pemain bolasepak pula.

“Pada saya ia lambang semangat kesukanan dan patriotik yang sangat tinggi. Beliau ingin menyumbang sokongan dan sorakan di stadium walaupun dari awal tidak ramai memberi harapan kepada pasukan Harimau Malaya

“Saya tabik hormat kepada beliau, balik nanti saya akan cuba belanja dia burger GTR yang termahal sekali nanti, A5 Jepun!,” jelas Nordin yang merupakan pendiri kepada GRR Burger.

Kisah Derrick yang menjual motorsikal itu terus tular di Facebook sehingga ada individu terdahulu dilaporkan berminat untuk menaja yang bernama Ahmad Alhafiz Najmi.

Terbaharu, giliran Faisal pula tampil bekerjasama dengan Blast.Active untuk memberi motorsikal baharu kepada penyokong setia berkenaan.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan moto baru kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya. Dia sampai je KL nak kasi motor baru terus,” kata laman tersebut di Instagram.

Semoga rezeki Faisal terus murah kerana keikhlasan dipamerkan beliau ini untuk seorang penyokong bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN