FAM Bakal Ambil Tindakan Kepada Intan Serah?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sedia mengambil tindakan kepada pemain kebangsaan wanita, Intan Sarah Anisah Binti Zulgafli atau lebih dikenali sebagai Intan Serah, selepas beliau tampil dengan mencipta kontroversi tersendiri pada saingan Piala Asia 2023.

Terdahulu, pemain wanita tersebut telah pun memuat naik satu kenyataan yang tidak sepatutnya di media sosial X milik beliau menerusi satu kritikan keras kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Ketika itu, Kim telah membuat pertukaran pada minit akhir perlawanan untuk memasukkan pemain naturalisasi negara iaitu Romel Morales selaku penyerang utama negara.

Namun Intan tampil dengan kenyataan tidak sopan selepas beliau menyatakan Kim sebagai seseorang yang bodoh untuk memasukkan Morales berbanding Safawi Rasid.

“Another stupid sub from KPG, masukkan lah Pawi!!!!,” jelas Intan di media sosial X sehingga beliau kembali menerima teguran serta komen keras daripada netizen atas sikapnya itu.

Lebih mengharukan, tidak lama selepas Intan mengkritik Morales, pemain naturalisasi itu muncul selaku hero Malaysia apabila beliau meledak gol penyamaan buat pasukan kebangsaan.

Tidak lama selepas itu, Intan kembali memuat naik satu lagi kenyataan dengan meminta maaf kepada Morales sambil memuji akan kualiti pemain tersebut.

Malah, kenyataan Intan yang memberi kritikan tidak bermoral sebelum itu kepada Kim juga turut dipadam, selepas pelbagai kecaman hadir kepada beliau.

Selain mencipta sensasi kritikan kepada Kim, Intan yang juga boleh dianggap sebagai ikon atlet negara itu juga turut menjadikan Junior Eldstal serta Paulo Josue sebagai mangsa kecamannya.

Mungkin Intan Serah Perlu Lebih ‘Bijak’ Buat Kenyataan Di Media Sosial

“Junior ngan Josue masuk dedua bagi foul. Njir,” kritik Intan mengenai dua pemain kebangsaan tersebut di media sosial beliau.

Disebabkan perbuatannya itu, Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM menyuarakan tindakan tersebut sepatutnya tidak boleh berlaku dan menganggap ianya sebagai tidak sopan.

Sebelum tindakan diambil, Azman menyatakan pihaknya akan menilai terlebih dahulu status hantaran Intan dan memanggil pemain itu untuk melaporkan diri kepada mereka.

“Kita akan menilai kenyataan dan kita akan panggil dia (Intan Sarah). Sebagai pemain kebangsaan, dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begitu, kita akan nilai kenyataan yang dia maksudkan.

“Pada masa sama, sentiasa ingatkan (jangan keluarkan kenyataan negatif) kepada pemain semasa mereka berada dalam kem kebangsaan, ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN