Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi beranggapan perlawanan persahabatan cukup penting pada ketika ini sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Berita baik berkenaan kebenaran penganjuran pertandingan sukan berpasukan bersentuhan fizikal bermula 15 Ogos 2020 itu telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu.
Sehubungan dengan itu, sekiranya Liga M bermula pada September, semua pasukan akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perancangan sebaik sahaja latihan secara “body contact” bermula.
Walaubagaimanapun, pemain berusia 26 tahun ini menerima apa jua keputusan yang dilakukan oleh MFL berhubung tarikh sebenar Liga Malaysia akan bermula.
“Sebagai pemain, saya sentiasa bersedia bilakah saingan akan kembali bersambung tidak kira bulan Ogos atau September.”
“Tapi, sekiranya bermula pada Ogos, mungkin jadual liga tidak akan terlalu padat, dan jika bermula pada September, pasukan akan ada banyak masa lagi untuk bersedia dan melakukan aksi persahabatan selepas ini.”
“Mungkin Ogos terlalu cepat sangat dan kalau terlalu terburu-buru, lain pula jadinya, tetapi apa pun keputusan yang akan dibuat, saya positif ia demi kebaikan semua pasukan”, tambah Shahrel lagi.
Ketika saingan Liga Super terhenti pada aksi keempat susulan wabak yang melanda, Shahrel sedikit mencuri tumpuan apabila menjadi penjaring terbanyak bagi pemain tempatan selepas berjaya menjaringkan tiga gol.
Lebih menarik, ketiga-tiga jaringan tersebut terhasil di tempat lawan setelah beliau meledakkan jaringan ketika bertemu Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dua gol lagi menjelma pada pertemua menentang Sabah di Stadium Likas.
Kredit featured image: Perak TBG
Baca artikel lain dari kami mengenai Shahrel Fikri: