Shahrel Fikri Yakin Mampu Beri Saingan Buru Status Penjaring Terbanyak

Shahrel Fikri

Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi percaya dirinya mampu memberi cabaran sengit kepada penyerang import untuk memburu status penjaring terbanyak dalam saingan CIMB Liga Super musim ini.

Ini kerana, dia melihat usaha itu tidak mustahil untuknya cuba mengatasi kemampuan penyerang import pada musim ini berdasarkan pencapaian yang diraihnya ketika ini.

Shahrel antara satu-satunya pemain tempatan yang telah berjaya menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan ketika ini bersama-sama Kpah Sherman (Kedah), Ivan Carlos (Pahang) dan Ifedayo Omosuyi (Selangor) manakala penyerang import Terengganu FC, Dominique Da Sylva menjadi penjaring terbanyak dengan empat gol.

Sudah pasti, kelebihan lebih memihak kepada pemain import untuk terus kekal selaku penjaring terbanyak apabila sering menjadi pilihan dalam kesebelasan utama, namun itu tidak menghalang Shahrel untuk memastikan dia terus diberi kepercayaan sebagai tonggak utama pasukan.

“Saya memang tak sangka juga untuk sekarang ini saya satu-satunya pemain tempatan yang dalam kelompok penjaring kedua terbanyak bersama pemain import lain, namun ini masih awal dan saya tidak boleh berasa selesa.

“Kalau ikutkan, persaingan antara pemain tempatan saya melihat Safawi Rasid antara yang boleh memberi cabaran, namun saya juga ingin cuba bagi saingan hebat kepada penyerang import lain.

“Sekarang dalam pasukan, saya bersama Guilherme De Paula diberi kepercayaan selaku penyerang utama dan saya akan gunakan peluang itu sebaik mungkin untuk terus menjaringkan gol dan terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama,” kata penyerang kebangsaan itu.

Kali terakhir Anugerah Kasut Emas dimenangi pemain tempatan adalah pada 2011 yang dilakukan oleh Abdul Hadi Yahya bersama pasukan Terengganu menerusi ledakan 20 gol.

Perak sekarang berada di tangga kedua liga bersaing rapat dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan perbezaan dua mata dan kedua-dua pasukan ini masih kekal dengan rekod bersih tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat ini.

Namun saingan domestik musim ini masih ditangguhkan sejak 16 Mac lalu oleh Malaysian Football League (MFL) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Sudah pasti, cabaran sukar sebaik sahaja saingan liga kembali bersambung adalah untuk memastikan prestasi pasukan Perak konsisten dan tidak tersungkur dengan kekalahan dalam perlawanan seterusnya.

“Kalau kita tengok pencapaian Perak pada setiap musim ada naik turun dan bukan senang untuk konsisten.

“Saya harap permulaan yang baik ini dapat diteruskan dan akan kita terus mengutip mata dalam perlawanan akan datang, walaupun satu mata pun tidak mengapa asalkan jangan kalah.

“Sekarang ini, sebagai pemain, tugas saya adalah kena kekalkan stamina walaupun di rumah sebab kita tidak boleh berlatih di luar dan harap semua pemain tetap bersemangat bagi meneruskan saingan selepas ini,” jelas Shahrel Fikri.

Kredit foto: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN