SA Antlers 1-1 Ingress Tigers: Antlers Diikat Di Halaman Sendiri

Shah Alam Antlers mencipta sejarah dalam sejarah penubuhan mereka apabila beraksi buat kali pertama dalam perlawanan kompetitif semalam.

Bermain menentang Inggress Tigers FC di Kompleks Sukan Panasonic atau dikenali sebagai Antlersland setiap kali Shah Alam Antlers beraksi, mereka menunjukkan kesungguhan yang cukup tinggi untuk menang.

Selain daripada dengan pertemuan menentang Inggress Tigers, terdapat beberapa lagi acara utama iaitu:

  • Hari Shah Alam atau Shah Alam Day
  • Sidang media majlis pengenalan pasukan
  • Sambutan dari warga Shah Alam
  • Perlawanan antara Shah Alam Antlers menentang Inggress Tigers

Hari Shah Alam (Shah Alam Day)

Hari Shah Alam atau Shah Alam Day adalah satu inisiatif dari kelab untuk mewujudkan matchday experience yang menarik kepada para penyokong.

Terdapat beberapa trak makanan (food truck) dibuka dengan menyediakan pelbagai variasi makanan dan minuman seperti nasi campur dan coconut shake.

Kedai rasmi Shah Alam Antlers juga beroperasi buat pertama kalinya semalam, mereka menjual pakaian seperti jersi rasmi kelab dan barangan dari penaja kelab iaitu Curva 1312.

Sidang media

Sidang media yang dilakukan sekitar jam 2 petang dihadiri oleh Encik Ahmad Yani Ismail (kanan) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shah Alam Antlers, Encik Mizal Ghazali (tengah) yang merupakan timbalan presiden kelab serta Coach Muthu (kiri) yang merupakan ketua jurulatih pasukan.

Dalam sidang media tersebut, mereka telah ditanya oleh para wartawan mengenai beberapa soalan seperti objektif penubuhan kelab, pelan jangka masa panjang serta bagaimana sistem pemilihan pemain dilakukan.

Selain itu juga, terdapat sesi pengenalan jersi Shah Alam Antlers buat kali pertama kepada umum. Selain itu juga terdapat sesi pengenalan para penaja yang menaja kelab.

Sambutan dari warga Shah Alam

Sambutan yang diberikan oleh warga Shah Alam ternyata memberangsangkan untuk penampilan pertama mereka di kancah kompetitif.

Sambutan hangat serta sokongan padu dari Homebois yang merupakan gerakan ultras yang berpusat di Shah Alam telah memberikan sambutan padu kepada pasukan sepanjang perlawanan berlangsung.

Perlawanan antara Shah Alam Antlers dengan Inggress Tigers

Babak pertama

Perlawanan antara Shah Alam Antlers dengan Inggress Tigers dalam aksi Klang Valley League (KVL) bermula dalam keadaan yang pada mulanya risau akan cuaca yang dijangka akan hujan.

Pasukan tuan rumah beraksi mempamerkan aksi dominan sepanjang perlawanan berlangsung dan berjaya menghasilkan beberapa gerakan-gerakan menarik.

Namun begitu, gerakan menarik tersebut gagal disempurnakan oleh barisan serangan tuan rumah apabila bola sampai berada di dalam kotak penalti.

Shah Alam Antlers berjaya memperoleh gol hasil dari satu set-piece sepakan percuma yang cukup baik, namun begitu gol yang dijaringkan ketika itu dibatalkan kerana terdapat pemain tuan rumah yang berada dalam kedudukan ofsaid.

Keputusan penjaga garisan tersebut sedikit sebanyak telah mengundang kemarahan penyokong tuan rumah yang kecewa dengan keputusannya.

Namun akhirnya, pasukan Shah Alam Antlers akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama mereka apabila Mohd Fairuz berjaya hasil dari set-piece sepakan percuma yang hampir sama dengan gol yang dibatalkan kerana ofsaid tadi.

Sepakan percuma yang diambil dari jarak 30 meter dilambungkan bola ke dalam kotak penalti dan Fairuz menunjukkan kemahuan yang sangat tinggi untuk mendapatkan bola tersebut.

Beliau berjaya melompat tinggi, dan menanduk bola ke dalam pintu gol menewaskan penjaga gol Inggress Tigers.

Inggress Tigers juga sekali sekala menyerang berjaya membolosi kotak penalti Shah Alam Antlers, namun gagal menemui penyudah.

Babak kedua

Babak kedua menyaksikan Shah Alam Antlers terus mencari gol tambahan untuk menjadikan kedudukan lebih selesa.

Namun begitu, ketumpulan bahagian serangan menyaksikan Shah Alam Antlers melepaskan beberapa peluang keemasan.

Inggress Tigers yang sekali sekala menyerang berjaya memperoleh gol penyamaan selepas serangan mereka dari tengah padang berjaya menembusi kotak penalti sebelum penyerang mereka melepaskan rembatan padu kaki kiri melepasi penjaga gol Shah Alam Antlers, Khairil Ikhwan.

Pasukan tuan rumah berjaya juga mendapat 2 peluang menerusi sepakan percuma jarak dekat, salah satunya terkena palang ketika permainan memasuki babak akhir permainan.

Babak ketiga

Perlawanan KVL ini dilangsungkan secara 3 separuh masa dan kedua-dua pasukan terus mencari gol kemenangan.

Namun begitu, barangkali faktor keletihan menyaksikan tempo permainan sedikit perlahan dan tidak banyak gerakan berbahaya berlaku.

Malang bagi pemain Shah Alam Antlers, Nurnasreen atau Jeren yang mengalami kecederaan ketika beraksi.

Menurut laporan, Jeren mengalami kecederaan di bahagian ligament dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya jika perlu.

Kesebelasan utama Shah Alam Antlers:

Khairil Ikhwan (penjaga gol), Muhamad Aiman, Sathiskumar, Mohd Fairuz, Azri, Mohamad Naim, Ahmad Shahidan, Jason Lim, Mohd Raffi, Ku Mohammad Nazran, Firdaus Selvam.

Pemain simpanan Shah Alam Antlers:

Hamadi (penjaga gol), Nicholas Chan, Nurnasreen, Muhd Imran, Amres Singh, Muhd Hakimi, Arif Fikri

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Shah Alam Antlers FC: Gabungan Idea Freiburg, Kashima & Western Sydney Wanderers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN