Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Guardiola vs. Wenger: Taktik, Bola Sepak Dengan Hantaran Dan Penguasaan Bola

Guardiola mungkin memiliki beratus pelan taktikal di dalam poket beliau. Namun, buat masa ini, unit pemain beliau jelas sukar untuk menjalankan tugasan yang diarahkan beliau.

Ada beberapa pemain yang sukar untuk menanggung intensiti taktikal. Ada pula yang masih dalam proses adaptasi. Ada pula yang agak injuries prone!

Arsene Wenger nampak lebih lega dengan perancangan taktikal beliau dapat dijalankan dengan baik oleh para pemain beliau. Alexis Sanchez sangat stabil dengan peranan 9 jadian beliau.

Prestasi Semasa

Dalam EPL, Arsenal dikejutkan dengan kekalah dalam perlawanan terakhir mereka. Manchester City pula sudah bangkit daripada kekalahan di tangan Leicester.

sumber: Whoscored

Rekod Pertemuan

188 pertemuan dalam sejarah kedua-dua kelab. 95 milik Arsenal, 49 milik City dan 44 lagi seri. Dalam 6 pertemuan terakhir turut diungguli oleh Arsenal.

4 daripada 6 pertemuan terakhir perlawanan ini dimenangi oleh Arsenal, 2 lagi berakhir dengan seri. Jadi, berdasarkan sejarah pertemuan dan rekod 6 perlawanan terakhir, Arsenal ada motivasi yang tinggi.

Taktikal Manchester City

Pep Guardiola tanpa khidmat Kun Aguero dalam perlawanan ini. Namun mereka ada Ihenacho yang ada kualiti yang baik. Kekuatan City pastinya terletak pada lapisan serangan kedua yang ditunjangi David Silva dan Kevin De Bruyne.

Isu yang jelas menjadi musuh mereka adalah pertahanan. Dalam perlawanan menentang Chelsea dan Leicester, mereka memiliki kemampuan untuk mengasak dengan taktikal yang intensif.

Namun sangat lemah dalam mematikan serangan balas terutama sekali yang dilancarkan dengan fast break dengan hantaran dari belakang.

Arsenal memiliki kepantasan dalam serangan balas dan ini sudah pasti perkara yang meresahkan Pep Guardiola.

Taktikal Arsenal

Arsene Wenger memiliki pusat kreativiti yang sangat baik di tengah. Mereka juga memiliki sistem yang sukar untuk dibendung oleh lawan.

Plan A mereka adalah Alexis Sanchez sebagai false 9. Plan B pula sudah pasti pemain target man Olivier Giroud. Walaupun falsafah mereka juga berorientasikan hantaran, namun Arsenal lebih decisive di hadapan gol.

Arsenal pastinya pening dengan kecederaan Mustafi. Ini kerana, dalam perlawanan sebesar ini, pemain seperti Mustafi amat penting.

Seterusnya adalah, Arsenal sudah pasti menggariskan isu bolos setiap perlawanan. Mereka masih belum mencatatkan sebarang clean sheet dalam 11 perlawanan terakhir mereka.

Tidak lupa juga, mereka kerap melepaskan penalti dan melakukan kesilapan individu ketika bertahan.

Pemain Tumpuan

Kevin De Bruyne (Manchester City)

Pemain ini menjadi nadi utama pasukan City pada musim ini. Memiliki tenaga yang luar biasa. Boleh menjaringkan gol dan juga mencipta peluang.

Laurent Koscielny

Kami kali ini merasakan Koscielny sebagai pemain penting dalam perlawanan ini. Beliau sudah pasti ada tugasan berat pada kali ini.

Sebelum Wisel

Kami jangkakan satu perlawanan terbuka yang intensif pada malam ini. Serangan balas adalah kata kunci penting untuk Arsenal dan pertahanan City. Kedua-dua pasukan pastinya mahu menang untuk terus mengejar pendahulu liga Chelsea.

Jadi, apa pula pandangan anda? Berapa ramalan untuk perlawanan ini?

Baca juga : 5 Perkara Daripada Kejuaraan Piala AFF Oleh Thailand!

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!