Sesi ‘Pembelajaran’ Dah Tamat, Martin Odegaard Kembali Ke Real Madrid

Martin Odegaard

Pemain sayap sedang meningkat naik, Martin Odegaard semakin hampir untuk berpeluang bagi membarisi skuad utama Real Madrid selepas pinjaman selama dua tahun beliau bersama Real Sociedad telah ditamatkan dengan lebih awal.

Sehubungan dengan itu, pemain berusia 21 tahun yang dilabel sebagai antara bintang muda dalam saingan La Liga itu akan kembali ke pangkuan skuad Real Madrid nanti.

Selain Real Sociedad, Odegaard yang menyertai Los Blancos pada 21 Januari 2015 daripada kelab Norway, Strømsgodset turut pernah dipinjamkan ke SC Heerenveen dan Vitesse Arnhem.

Beraksi bersama Sociedad pada musim ini, Odegaard telah membuat 36 penampilan dalam semua pertandingan yang disertai dan berjaya menjaringkan tujuh gol dan sembilan bantuan jaringan.

Selain itu, Sociedad juga menamatkan saingan La Liga di tempat keenam sekaligus melayakkan diri ke peringkat kumpulan kempen Liga Europa 2020/21.

”Amat sulit untuk menunjukkan impak dalam waktu yang singkat, tetapi Odegaard berjaya melakukannya,” ujar Real Sociedad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

”Pemain kaki kidal ini meninggalkan kami untuk pulang ke Real Madrid, tetapi kami tidak pernah melupakan segalanya kerana dia telah membantu kami menikmati musim yang tidak akan dilupakan ini.”

”Gol-gol yang dihasilkannya, permainannya, karakter, keupayaan dan kerendahan hatinya telah membuatkan Martin diingati oleh seluruh keluarga pasukan ini.”

Sementara itu, Odegaard turut memberikan ucapan penghargaan terhadap Sociedad yang memberikan peluang buatnya untuk menyerlahkan bakat dimiliki menerusi rakaman video yang dimuatnaik dalam laman sesawang rasmi kelab tersebut.

”Ia menjadi musim yang tidak boleh dilupakan oleh saya. Saya telah menikmati banyak detik luar biasa dengan jersi ini.”

”Kehadiran saya, gol pertama saya, berjaya layak ke saingan Eropah dan banyak lagi. Anda membuatkan saya seperti seorang pemain tempatan [Caterano].”

”Semua dokongan dan kasih sayang yang diberikan di luar dan dalam padang pada setiap hari, saya tidak akan lupakannya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kelab ini atas keyakinan yang diberikan kepada saya, semua rakan sepasukan dan staf yang telah membantu saya menjadi lebih baik.”

Selama empat musim dipinjamkan, cabaran yang bakal ditempuhi Odegaard selepas ini lebih berat kerana beliau perlu untuk bersaing bersama nama-nama besar lain untuk memenangi hati Zinedine Zidane.

Kredit featured image: Jose Breton/Pics Action/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Martin Odegaard:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN