Odegaard Bantu Sociedad Singkir Real Madrid

Martin Odegaard menjadi duri dalam daging dalam kemenangan bergaya Real Socidead ke atas kelab utama beliau, Real Madrid.

Odegaard merupakan pemain Real Madrid yang dipinjamkan ke Real Sociedad musim ini. Pemain kebangsaan Denmark itu membantu Real Sociedad menang 4-3 ke atas Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Real Madrid tidak mampu untuk menghalang Real Sociedad yang berjaya mempamerkan aksi yang selayaknya untuk mereka menang.

Real Madrid ketinggalan 3-0 dalam perlawanan ini.

Odegaard dibenarkan berhadapan dengan kelab utama beliau. Odegaard membuka tirai jaringan seawal minit ke-22.

Dua lagi gol oleh Real Sociedad dijaringkan oleh Alexander Isak.

Namun begitu Real Madrid melakukan kebangkitan yang luar biasa, berjaya menjaringkan 3 gol.

Marcelo menjaringkan gol pertama Real Madrid pada minit ke-59.

Ketika Real Madrid meraikan gol pembukaan tersebut, tidak lama kemudian, Mikel Merino meletakkan Sociedad kembali empat gol di hadapan.

Real Madrid terus berusaha untuk mengelak daripada tersingkir di suku akhir. Seterusnya mereka mendapatkan gol kedua menerusi Rodrygo pada minit ke-81.

Pada masa kecederaan 90+3′, Nacho merapatkan kedudukan untuk Real Madrid kepada 4-3.

Walaubagaimanapun, gol itu agak terlalu lewat dan pasukan bimbingan Zinedine Zidane itu tetap tersingkir.

Pengganti Courtois, iaitu Alphonse Areola gagal menunjukkan aksi yang cemerlang.

Marcelo walaupun menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun secara pertahanan beliau sekali lagi menunjukkan kepada musim ini Zidane sebelum ini lebih percayakan pemain seperti Ferland Mendy.

Marcelo sangat tidak konsisten dalam beberapa musim ini.

Gareth Bale pula tidak disenaraikan dalam aksi kali ini. Percaturan Zidane ternyata tidak berhasil.

Real Madrid kini perlu fokus kepada aksi La Liga, di mana mereka di kedudukan tangga teratas.

One Comment

Leave a Reply