Premier League Buat ‘U-Turn’, Kembalikan Tarikh Tutup Perpindahan Pra-Musim Kepada 1 September

Ingat lagi tak sebelum ini, para pengurus di Liga Inggeris mendesak agar liga mereka menutup jendela perpindahan pra-musim lebih awal daripada liga lain di Eropah.

Liga lain di Eropah tutup pada 1 September, manakala di England pula tutup pada sepak mula pertama perlawanan liga. Iaitu kira-kira pada minggu pertama Ogos, ataupun masuk beberapa hari minggu kedua.

Keputusan itu dibuat selepas pungutan suara dibuat pada 2017.

Alasan mereka adalah, tidak mahu melakukan sebarang urusan lagi selepas mendaftarkan pemain untuk menghadapi musim liga mereka.

Cuma mereka akan cuba menggunakan kesempatan yang ada untuk mengeluarkan / menjual pemain mereka ke liga lain yang masih dibuka jendela perpindahan.

Namun kini, para pengurus di England merungut bahawa, penutupan jendela perpindahan lebih awal di Liga Inggeris membuatkan mereka sukar mencari pemain pengganti apabila pemain mereka dibeli pasukan lain.

Mereka kini sebulat suara untuk menukar semula tarikh tutup perpindahan untuk kembali sama dengan liga lain di Eropah, sama seperti dahulu.

Ini bermakna, Liga Inggeris akan menutup jendela perpindahannya pada 1 September, pukul 5 petang.

Untuk musim hadapan, EPL musim 2020/21 akan bermula pada 8 Ogos. Ini bermakna mereka masih ada 3 minggu lagi peluang untuk berurusan jual beli pemain.

Premier League dalam kenyataan mereka berkata: “Hasil mesyuarat dengan rakan kongsi dalam Liga Perdana Inggeris, kami telah mengundi untuk kembali menukar jendela perpindahan musim panas 2020/21, mengikut tarikh perpindahan di Eropah yang lain.”

Hanya Manchester United, Manchester City, Crystal Palace, Watford dan Swansea yang menentang idea mengembalikan semula tarikh tutup perpindahan kepada 1 September.

Apa pandangan anda? Adakah anda merasakan ianya langkah yang baik diambil oleh Premier League?

Leave a Reply