Sertai Manchester United Adalah ‘Jalan Pintas’ Untuk Harry Kane Merasai Nikmat Kejuaraan

Harry Kane Manchester United

Apa lagi pilihan yang ada untuk Harry Kane memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan dalam kariernya kalau bukan dengan menyertai Manchester United.

Masa depan penyerang England berusia 29 tahun itu bersama Tottenham Hotspur kembali menjadi tumpuan menjelang jendela perpindahan musim panas akan datang.

Kontraknya bersama kelab utara London tersebut akan tamat pada Jun 2024 dan jalan terbaik untuk Spurs tidak terlepas pemain tersebut secara percuma adalah dengan menjualnya dengan tag harga yang ditetapkan.

United percaya pemain tersebut boleh dipancing dengan harga di bawah £100 juta, bersesuaian dengan baki kontrak dan usianya yang bakal mencecah 30 tahun.

Kane juga pastinya mahu beraksi dengan pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah dan berpotensi untuk meraih kejuaraan dan United yang kini semakin meningkat di bawah bimbingan Erik ten Hag menjadi pilihan utama.

Manchester City hampir pasti tidak akan mendapatkan Kane kerana sudah pun memiliki Erling Haaland. Liverpool pula sudah pun berbelanja besar untuk mendapatkan Darwin Nunez.

United pula sedang giat mencari pengganti Cristiano Ronaldo dengan Wout Weghorst dibawa masuk secara pinjaman untuk penyelesaian jangka pendek.

Sekiarnya perpindahan ke Old Trafford menjadi kenyataan, Kane diharapkan mampu membentuk gandingan ampuh bersama rakan senegaranya Marcus Rashford yang kini dalam prestasi yang cukup cemerlang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN