Dulu Kental Bertarung Nyawa, Kini Shafiq Afifi Ampuh Jaga Gawang Penang

Shafiq Afifi

“Seronok, bangga dan puas dengan apa saya tunjukkan kerana dapat membantu Penang layak ke peringkat seterusnya,” demikian luahan penjaga gol Penang, Shafiq Afifi sebaik sahaja berjaya menyelamatkan sepakan terakhir yang diambil pertahanan Kedah Darul Aman (KDA), Bojan Ciger pada pusingan pertama Piala FA.

Jelas penjaga gol berusia 24 tahun berkenaan, dia berasakan kerja kerasnya untuk bangkit daripada masalah kesihatan hampir dua tahun lalu, berbaloi selain terus menjadi pilihan selaku penjaga gol utama Penang pada musim ini.

Pada tahun 2021, Shafiq berdepan masalah terdapat darah beku pada saluran darah ke bahagian otaknya, insiden terjadi semasa sesi latihan yang memaksanya berehat panjang sebelum kembali beraksi pada musim lalu.

“Semua orang tahu bila bermain dengan Kedah di Darul Aman, mereka pasti menekan kita bertubi-tubi dan disiplin yang ditunjukkan rakan sepasukan banyak membantu saya tampil dengan penuh yakin.

“Kami bermatian-matian dalam perlawanan semalam dan beraksi sebagai satu unit, nyata semangat juang yang ditunjukkan semua pemain sangat luar biasa.

“Untuk saya, rasa satu kepuasan tersendiri kerana setahun setengah bergelut bangkit daripada masalah kesihatan yang menimpa saya pada 2021 apabila langsung tidak dapat beraksi pada musim berkenaan.

“Namun, saya tidak pernah berputus asa, kerja keras saya akhirnya membuahkan hasil apabila ada diberi peluang bermain tiga perlawanan pada musim lalu dan musim ini diberikan peranan selaku penjaga gol utama sejak aksi sulung Liga Super.

“Terima kasih atas kepercayaan diberikan jurulatih dan perlawanan semalam akan kekal menjadi antara detik paling manis dalam karier saya,” katanya menerusi MFL.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Shafiq menyelamatkan dua sepakan pemain Kedah iaitu dari Lee Tuck selain Ciger, pada penentuan penalti bagi membantu Penang mara ke pusingan 16 pasukan terakhir berdepan Kuching City melalui keputusan 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Malah, Shafiq menjadi duri dalam daging kepada barisan serangan Kedah apabila menyelamatkan banyak percubaan berbahaya lawan sepanjang perlawanan.

Dalam masa sama, anak kepada bekas penjaga gol di era 90-an, Suhaimi Mat Lazim, itu berkata, dia sememangnya telah mendapat maklumat yang disediakan jurulatih penjaga gol, Hisham Jainudin, jika perlawanan itu diheret ke penentuan sepakan penalti.

Segala maklumat itu tertera di kain pembalut yang tercatat di tangan kirinya yang turut tular di platform media sosial.

“Memang pada situasi sepakan penalti, apa-apa boleh terjadi dan mungkin rezeki berpihak kepada Penang untuk menang.

“Bagi aksi Piala FA, sememangnya jurulatih telah membuat kerja rumah untuk sepakan penalti kerana tahu ini adalah saingan kalah mati.

“Coach [Hisham] memang sudah mengkaji mengenai kekuatan semua pemain lawan yang akan mengambil sepakan penalti dan itu membantu saya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN