Dulu Dilabel Jelmaan Bergson, Kini Penyokong Kedah Mahu Willian Lira Disingkirkan

Willian Lira

Kekalahan kepada Penang dalam pusingan pertama Piala FA 2023 amat memilukan Kedah Darul Aman.

Sudahlah mencatatkan kekalahan kedua di laman sendiri selepas tumbang secara mengejut kepada PDRM, Kedah kini terpaksa menanggung malu tewas ditangan seteru utama sekali gus terlepas satu piala.

Penyokong Kedah jelas tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi, malah ada diantara mereka yang mula menuding jari kepada beberapa pemain mereka.

Antara yang menjadi sasaran adalah penyerang import iaitu Willian Lira. Lira jelas tidak berjaya untuk mengulangi prestasi baiknya ketika pra musim dan kini telah mula menjadi kecaman penyokong.

Ketika pra musim, ketajaman di depan pintu gol telah membangkitkan sentimen yang Lira adalah jelmaan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim – Bergson da Silva.

Jaring 2 Gol Lawan Kelantan, Peminat Kedah Samakan Willian Lira Seperti Bergson?

Selepas kekalahan semalam, terdapat segelintir penyokong Kedah yang mahukan pemain itu tidak lagi diturunkan oleh Nafuzi Zain selepas ini.

Menjengah ke laman Facebook Kedah, ada yang mahukan Lira kini ditolak ke bahagian pertahanan berbanding posisinya sebagai penyerang.

“Lira tu baik main pertahanan, duduk depan tak boleh jaringkan gol. Lembik dan lembab, siapalah yang scout ambil dia ni?,” soal El Samoud.

“Kedah kena cari pertahanan import yang lebih bagus, mantapkan pertahanan. Penyerang Balotelli tu lebih baik berbanding Lira,” ujar Ren Kazama.

Malah, ada yang mahukan kedua-dua Lira dan Balotelli dipinjamkan ke pasukan lain.

“Lira dan Balotelli tu bagi pinjam dekat siapa-siapa sat,” komen Ma Ta Ha Ti.

“Terusakan usaha untuk perlawanan seterusnya, kalah [tu] kalah dah, penyerang kena kasi tajam sikit,” jawab Khairuz Faiz.

Masih banyak perkara yang perlu dibaiki oleh Nafuzi dan Kedah dalam misi untuk terus kompetitif dalam saingan Liga Malaysia.

Piala FA mungkin dah terlepas, Liga Super dan Piala Malaysia masih lagi ada untuk Kedah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN