Jaring 2 Gol Lawan Kelantan, Peminat Kedah Samakan Willian Lira Seperti Bergson?

Kelibat penyerang baharu Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Willian Lira jelas mencuri tumpuan sepanjang aksi persahabatan mereka bersama Kelantan, semalam.

Pada aksi tersebut, aksi yang dipamerkan oleh penyerang kelahiran Brazil itu sangat memukau menerusi gerakan beliau yang lincah serta sangat tajam di hadapan gol.

Walaupun ini musim pertama beliau beraksi di Malaysia, jelas Lira tidak kekok langsung untuk cepat menyesuaikan diri dengan baik dan mencuri tumpuan ramai penyokong KDA.

Untuk aksi persahabatan menentang Kelantan, pemain berusia 29 tahun ini tampil dengan sangat menggagumkan selepas kejayaan beliau untuk meledak dua jaringan dan membantu KDA meraih kemenangan di laman sendiri.

Sebelum itu, Lira juga telah mula bertapak di hati para penyokong KDA setelah pemain tersebut berjaya meledak salah satu gol ketika mereka menewaskan Perlis.

Menerusi aksi yang baik dipamerkan Lira setakat ini, sesetengah penyokong Sang Kenari dilihat mula menyamakan beliau dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva.

Umum diketahui, Bergson merupakan salah satu penyerang import terbaik yang pernah beraksi di Malaysia menerusi rekod jaringan beliau sangat positif.

Konsistensi beliau bersama JDT tidak perlu dipertikaikan lagi setelah dua musim mewakili pasukan tersebut, Bergson berjaya merekodkan sejumlah besar gol dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Berdasarkan ketajaman yang dipamerkan Lira di hadapan gol, segelintir penyokong KDA mula membandingkan beliau bersama Bergson dari segi kualiti penyudah.

Walaupun ia masih lagi awal untuk diperkatakan setidaknya Lira berjaya menyakinkan para penyokong sejak awal menerusi kualiti penyudah dimiliki pemain tersebut.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali Lira beraksi di Asia Tenggara, setelah sebelum itu beliau pernah beraksi di Indonesia bersama Barito Putera pada tahun 2017.

Pasukan terakhir diwakilinya sebelum menyertai KDA ialah Ventforet Kofu dalam saingan J2 League di Jepun dengan sembilan gol dihasilkan Lira daripada 42 penampilan.

Walaupun ia bukanlah satu rekod gol yang baik, Lira mungkin dapat membuktikan sesuatu seperti Bergson dalam saingan Liga-M untuk menjulang namanya serta kelab.

Leave a Reply