Serie A: ‘OG’ Koulibaly Nafikan Kebangkitan 3 Gol Napoli & Tutup Aksi Teruk De Ligt

Juventus mengatasi Napoli dalam aksi mendebarkan melibatkan 7 gol kesemuanya. Maurizio Sarri berada di stadium namun tidak bertugas di kerusi pengurus. Ini kerana beliau masih berehat kerana sakit.

Juventus mendahului Napoli dengan 3 gol, menerusi Danilo, Higuain dan Cristiano Ronaldo. Kesemua gol itu terhasil pada separuh masa pertama.

https://twitter.com/i/status/1167878591570313216

 

Namun pada babak kedua, Napoli bangkit dengan 3 gol. Agak menarik ketiga-tiga gol Napoli itu membabitkan kesilapan dan kelemahan pertahanan Matthijs De Ligt.

Gol pertama Napoli hadir pada minit ke-66, menerusi Kostas Manolas.

Bintang baru Napoli, Hirving Lozano menambah 1 lagi gol pada minit ke-68. Lozano melakukan debut dalam perlawanan ini. Masuk pada separuh masa kedua.

Gol ketiga Napoli hadir pada minit ke-81 menerusi Di Lorenzo.

Ketika seluruh dunia, terutama sekali penyokong Napoli seakan-akan meraikan kebangkitan epik itu, tidak semena-mena, pemain yang ditanda harga £250 juta oleh Napoli, iaitu Kalidou Koulibaly tertampan bola ke gawang sendiri.

https://twitter.com/i/status/1167901916979810308

De Ligt pastinya lega kerana pertarungan siapa pertahanan lebih buruk pada malam tadi, sama ada beliau ataupun Koulibaly nampaknya ‘dimenangi’ Koulibaly.

De Ligt bermain sangat teruk dalam perlawanan ini. Beliau beberapa kali gagal melakukan ‘track back’ dan ditewaskan dalam situasi 1 lawan 1.

Koulibaly juga beraksi kurang baik pada separuh masa pertama. Namun lebih malang, beliau tertampan bola ke gawang sendiri pada masa kecederaan.

Juventus jelas sekali merindui kepimpinan Chiellini ketika ini. Hal ini kerana De Ligt kelihatan masih gugup dalam debut kompetitif pertama beliau.

Chiellini masuk ke padang dan memberikan kata-kata sokongan kepada Kalidou Koulibaly.

Sebelum ini, dalam debut pra-musim, De Ligt turut gugup. Namun Juventus berharap simptom itu hanya sekejap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN