EPL: Gol Sendiri Minit Akhir Zouma Buat Chelsea Keciciran Mata

Chelsea sekali lagi gagal untuk mempertahankan gol pendahuluan mereka. Kali ini berhadapan dengan Sheffield United. Frank Lampard menurunkan skuad termuda dalam sejarah EPL.

Dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, anak-anak buah Frank Lampard memulakan perlawanan dengan sangat baik.

Tammy Abraham meneruskan rentak cemerlang beliau di hadapan gol. Abraham memberikan Chelsea pendahuluan 2 gol pada separuh masa pertama.

Gol pertama adalah pada minit ke-19 apabila penjaga gol Sheffield, Henderson melakukan kesilapan, terlepas bola di hadapan gawang. Abraham cepat menyambar bola itu.

Pada minit ke-43, Abraham menambah 1 lagi gol. Mengambil kesempatan daripada kegagalan komunikasi 2 pertahanan Sheffield yang bertembung sesama sendiri. Abraham merembat terus ke gawang gol.

Namun begitu, aksi hambar Chelsea pada separuh masa kedua membuatkan mereka keciciran mata sekali lagi. Sheffield merapatkan kedudukan menerusi Callum Robinson yang menerima umpanan Enda Stevens.

Ketika perlawanan berbaki seminit lagi, Kurt Zouma tertampan bola ke gawang sendiri. Zouma tertampan bola hantaran Lys Mousset.

Keputusan ini menyaksikan Chelsea hanya mengutip 5 mata selepas 4 perlawanan.

Chelsea ternyata perlu memperbaiki aspek pertahanan mereka, terutama sekali apabila tiada perlindungan daripada N’golo Kante.

 

Leave a Reply