EPL: Liverpool Mudah Atasi Burnley

Liverpool menamatkan saingan minggu ini di tangga teratas liga. Selepas ini liga akan berehat untuk minggu antarabangsa.

Cabaran Liverpool kali ini adalah Burnley yang dikenali dengan kelasakan mereka.

Burnley memberikan tentangan sengit pada separuh masa pertama dan melakukan beberapa hantaran terus ke dalam kotak penalti Liverpool. Namun agak menghampakan kerana barisan serangan Burnley gagal melakukan tugas dengan lebih baik.

Nick Pope dan Adrian, masing-masing diuji oleh lawan.

Namun pada minit ke-33, The Clarets agak malang apabila bola hantara Trent Alexander-Arnold terbias pada belakang Chris Wood dan bola menerjah gawang.

4 minit berselang, Burnley melakukan 1 lagi kesilapan defensif. Ini selepas kapten, Ben Mee terhantar bola kepada Roberto Firmino. Pemain Brazil itu melorongkan bola kepada Sadio Mane untuk gol ke-2.

Gol ke-3 Liverpool hadir pada minit ke-80. Mohamed Salah mengumpan bola yang disudahkan oleh Roberto Firmino dengan satu rembatan rendah.

Roberto Firmino mencipta rekod tersendiri apabila menjadi pemain Brazil pertama mencetak 50 gol dalam EPL.

Pada akhir babak perlawanan, berlaku drama di mana Sadio Mane kelihatan bengang ketika dikeluarkan. Mane meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Mohamed Salah yang tidak menghantar bola kepadanya.

Tamat perlawanan, Burnley 0, Liverpool 3.

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 13 perlawanan berturut-turut dalam EPL.

Leave a Reply