Bekas pengurus AC Milan dan Juventus, Alberto Zaccheroni mengakui bahawa impak yang diberikan Zlatan Ibrahimovic nyata kebih hebat buat bola sepak Itali berbanding kehadiran Cristiano Ronaldo ke saingan Serie A.
Kehadiran semula Ibrahimovic di San Siro pada Januari lalu menyaksikan beliau berjaya menjaringkan 11 gol dalam 20 penampilan pada kempen 2019/20 yang jelas menunjukkan impak hebat dijelmakan penyerang berusia 39 tahun itu.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam membantu AC Milan mencatatkan empat kemenangan berturut-turut pada musim ini sekali gus menjadikan Rossoneri sebagai satu-satunya pasukan yang mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan liga setakat ini.
Walaupun hanya beraksi pada dua perlawanan Serie A musim ini, Ibrahimovic sudah pun meledakkan empat jaringan masing-masing dua gol ketika bertemu Bologna dan musuh tradisi, Inter Milan.
Sehubungan dengan itu, tidak sukar buat Zaccheroni untuk memilih pemain yang memberikan impak hebat dalam ‘menghidupkan semula’ kancah bola sepak di Itali.
‘”Saya telah membimbing juara [pemain] hebat dalam karier saya, daripada [Oliver] Bierhoff kepada [George] Weah dan kemudiannya Adriano tetapi hanya satu kekesalan saya adalah tidak pernah melatih Ibrahimovic.”
”Dia pemain yang konsisten dan saya masih tidak memahami kenapa dia tidak pernah memenangi Ballon d’Or,” ujar Zaccheroni menurut laporan Goal.
”Di Itali, dia telah mengubah lebih keseimbangan berbanding Ronaldo. Bukan satu kebetulan bahawa ramai pemain muda telah berkembang dengan baik sejak kehadirannya.”
”Dia bukan sahaja hanya menjaringkan gol. Dia memberikan keyakinan buat rakan sepasukannya, meletakkan pasukan di bahunya dalam keadaan sukar,” tambah beliau lagi.
Kredit featured image: Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Zlatan Ibrahimovic:
Didapati Negatif, Covid-19 Gagal Tewaskan Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic: Saya Mahu Letak AC Milan Di Tempat Sepatutnya