Wabak Covid-19 telah menyebabkan segala aktiviti ekonomi tergendala, ada yang terkesan dengan kadar minimum tetapi majoritinya mengalami ombak yang begitu besar.
Bola sepak tidak terkecuali, dari sekecil-kecil kelab hinggalah yang kaya-raya semuanya terpaksa melakukan sesuatu yang drastik untuk memastikan mereka semua tidak gulung tikar.
Begitu juga dengan Real Madrid, juara La Liga itu turut melakukan keputusan untuk memotong gaji para pemain dari skuad utama pada musim lalu.
Menurut laman MARCA, kesemua pemain Real Madrid telah diminta oleh pihak kelab untuk menerima potongan gaji sebanyak 10% pada musim lalu.
Itu merupakan lapisan pertama kepada pemotongan gaji di Real Madrid kerana turut terdapat pemotongan lain mengikut situasi.
Situasi yang dimaksudkan adalah para pemain bersetuju untuk memotong lagi 20% gaji mereka sekiranya musim 2019/2020 tidak disambung hingga ke penghujung serta tidak menerima bonus kemenangan sekiranya menjuarai La Liga.
Namun begitu, dikala semua pemain seperti Sergio Ramos, Toni Kroos dan juga Vinicius Jr sanggup memotong gaji mereka, Gareth Bale membuat keputusan untuk melawan arus.
Menurut Jose Angel Sanchez yang merupakan Ketua Pengarah Real Madrid, Bale memilih untuk tidak menerima sebarang pemotongan gaji kerana wakil beliau tidak menasihatinya untuk membangkang idea tersebut.
Walaupun Ramos yang mengetuai perbincangan ini untuk memujuk Bale, akan tetapi usahanya gagal dan pemain itu menjadi satu-satunya ahli skuad utama Real Madrid yang tidak menerima potongan gaji.
Situasi ini tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Mesut Ozil di Arsenal. Namun pemain itu mempunyai alasan tersendiri mengenai tindakannya.
Apa pula alasan Bale untuk tidak menerima potongan gaji?
Baca juga artikel kami mengenai Gareth Bale:
Hanya Sekali Gareth Bale-Harry Kane Pernah Main Bersama Pada 2011, Bagaimana Kini?
Terus Kekal Di Madrid & Main Golf – Saranan Chris Wilder Untuk Gareth Bale
Gareth Bale Perlu Pilih Terus Dibekukan Atau Kembali Ke Spurs