Terus Kekal Di Madrid & Main Golf – Saranan Chris Wilder Untuk Gareth Bale

chris wilder gareth bale tottenham

Pengurus Sheffield United, Chris Wilder menyarankan Gareth Bale untuk kekal di Kota Madrid dan terus bermain golf di saat pemain itu semakin hampir menyertai Spurs.

Ia merupakan satu gurauan daripada pengendali berusia 52 tahun kepada khabar perpindahan Bale ke Tottenham yang akan diselesaikan tidak lama lagi. Mungkin beliau adalah antara kalangan pengurus yang ‘tidak suka’ melihat pemain itu kembali.

Bale dan Sergio Reguilon setuju terbang ke London

Menurut laporan wartawan tersohor, Fabrizio Romano, perbincangan untuk membawa Gareth Bale kembali ke Kota London sudah selesai sepenuhnya dengan Real Madrid bersetuju untuk meminjamkan pemain tersebut bagi tempoh semusim.

Dikhabarkan, kedua-dua kelab juga bersetuju untuk berkongsi membayar gaji pemain tersebut iaitu masing-masing membayar £250,000 seminggu kepada Bale.

Sebelum itu, Tottenham sebenarnya dalam perbincangan untuk mendapatkan bek kiri Los Blancos, Sergio Reguilon. Mungkin hanya bertanya situasi Bale, akhirnya Daniel Levy menerima maklum balas positif untuk mereka membawa pulang pemain itu.

Begitupun, khabar tersebut jelas merisaukan beberapa pengendali di Premier League kerana semua tahu kualiti yang dimiliki oleh penyerang itu yang mampu memusnahkan mereka dan ini juga termasuklah pengurus Sheffield United, Chris Wilder.

Banyak lapangan golf bagus di sana

Menurutnya yang turut mengagumi dan mengakui kebolehan pemain berusia 31 tahun itu, “Harapnya Gareth [Bale] akan kekal di Madrid, ia satu tempat yang menarik dan terdapat banyak lapangan golf yang bagus. Jangan susahkan kami lagi di sini.”

“Saya pernah berkata ketika kami kembali ke Premier League dan ketika itu terdapat khabar angin yang Eden Hazard akan berhijrah ke Real Madrid. Saya masih ingat, saya kata akan sewakan teksi kepadanya untuk pergi ke lapangan terbang.

https://twitter.com/utdblades/status/1127236004442791938

“Saya tidak terkejut mendengar dia mahu kembali bermain di Premier League. Kita juga pernah melalui pengalaman dengannya di sini dan penyokong Spurs sudah tentu mahukan ia untuk jadi kenyataan,” tambahnya lagi mengenai Gareth Bale.

Sheffield United menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ke-9 liga, hanya dipisahkan dua mata di belakang Arsenal di kedudukan ke-8. Mereka juga telah merekodkan bolos keempat terendah di kalangan 10 pasukan terbaik liga.

Penutup

Begitupun, musim ini dengan kebangkitan beberapa pasukan dengan kemasukkan pemain-pemain berkualiti bakal menyaksikan saingan liga semakin kompetitif.

The Blades turut tewas dalam aksi pembukaan tempohari – tewas 0-2 kepada Wolves dan sudah tentu khabar Gareth Bale kembali menambah kegusaran pengendalinya.

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Gareth Bale dan Chris Wilder:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN