Bukan kali pertama Manchester United mengambil penyerang berprofil tinggi untuk mengukuhkan barisan serangan pasukan. Sebelum Edinson Cavani tiba di Old Trafford, kelab tersebut pernah membawa masuk Radamel Falcao dan Zlatan Ibrahimovic.
Kedua-dua pemain berkenaan melalui nasib yang berbeza di United. Ringkasnya karier Falcao berakhir dengan kegagalan selepas hanya menjaringkan empat gol dalam 26 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ibrahimovic pula muncul watak penting buat United yang ketika itu di bawah kendalian Jose Mourinho dengan merekodkan 28 gol dalam semua pertandingan sebelum dilanda kecedern lutut pada penghujung musim. Namun beliau tetap berjaya membantu United menjualang kejuaraan Liga Europa (UEL) dan Piala Liga.
🤔😂 Real Madrid are apparently eyeing up Ibrahimovic and Radamel Falcao to sort out their striker problems.
— Now Football (@Now_FootbaIl) November 19, 2018
This Ronaldo transfer has got them rattled.#HalaMadrid pic.twitter.com/GfkvGDHAUl
Maka timbul perdebatan dalam kalangan pemerhati bola sepak dan warga maya sama ada Cavani akan senasib dengan Falcao ataupun Ibrahimovic.
Dengan menandatangani kontrak selama setahun sahaja, penyerang berusia 33 tahun itu tentunya hanyalah sekadar perancangan jangka masa pendek buat Ole Gunnar Solskjaer yang amat memerlukan seorang penyerang tulen.
Pastinya Cavani adalah pilihan yang lebih baik berbanding Odion Ighalo yang prestasinya semakin menurun sejak kebelakangan ini. Reputasinya selaku penyerang berkelas dunia telah pun dibuktikan dengan rekod sebagai penjaring terbanyak Paris Saint-Germain (PSG) sepanjang zaman.
Walaupun Cavani dan Ibrahimovic kedua-duanya menyertai United sebagai pemain ejen bebas selepas kontrak mereka bersama PSG berakhir, terdapat beberapa perkara yang mungkin akan menjadi titik perbezaan antara kedua-dua pemain tersebut.
Manchester United however, in spite of having one of the worst central defenders in premier league history, have a great short term signing in Cavani el Matador; Cavani can have that Ibrahimovic effect in a rudderless club ! I wanted Madrid to sign him; Cavani is a marksman pic.twitter.com/etCL3oLoO1
— zengreenyoda (@zengreenyoda) October 5, 2020
Ibrahimovic menyertai United pada awal jendela perpindahan dibuka, maka beliau sempat untuk mencari keserasian bersama rakan sepasukan baharu dalam aksi pra-musim. Penyerang Sweden itu juga mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pernah bekerjasama dengan baik dengan Jose Mourinho di kelab lain.
Cavani pula hanya tiba di United pada saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan antarabangsa ditutup secara rasmi dan beliau kini menggalas tanggungjawab untuk membantu United yang baru sahaja diaibkan dengan kekalahan 6-1 kepada Tottenham Hotspur tempoh hari.
Beliau juga tidak pertah berbahasa Inggeris dan ianya mungkin sedikit sebanyak memberi kesan semasa sesi latihan mahupun hari perlawanan. Solskjaer pula tentunya tidak tahu sejauh mana kelebihan dan kekurangan Cavani untuk disesuaikan dengan taktikalnya.
Sepanjang kariernya, beliau telah pun menjaringkan 341 gol dalam 556 perlawanan. Dengan purata 30 gol setiap musim sepanjang 13 tahun kariernya di Eropah bermula dengan Palermo, Napoli dan PSG, kini tiba masanya untuk Cavani membuktikan beliau juga mampu menyerlah dalam bola sepak Inggeris.
Kredit Foto: Football Joe & Getty Images
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: