Emiliano Martinez Dedahkan Punca Beliau Tinggalkan Arsenal

Emiliano Martinez

Emiliano Martinez yang meninggalkan Arsenal untuk menyertai Aston Villa pada pertengahan September lalu telah mendedahkan sebab utama beliau memilih untuk tidak lagi bersama The Gunners.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu mendapat peluang untuk membuktikan kehebatannya pada musim lalu selepas Bernd Leno mengalami kecederaan lutut sekali gus menamatkan penantiannya hampir 10 tahun di kelab tersebut.

Peluang yang diberikan digunakan sepenuhnya oleh Martinez apabila beliau mempamerkan ketangkasan dengan merekodkan sembilan perlawanan tanpa dibolosi dalam 23 perlawanan pada musim lalu.

Beliau juga membantu Arsenal menjulang Piala FA 2020/21 dan turut menjadi watak penting dalam memastikan Perisai Komuniti menjadi milik skuad bimbingan Mikel Arteta itu selepas menundukkan Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, apa yang telah dipersembahkannya masih belum cukup untuk meyakinkan Arteta dan pengendali kelahiran Sepanyol itu kembali meletakkan Leno sebagai penjaga gol utama.

Sehubungan dengan itu, Martinez merasakan beliau perlu untuk melangkah keluar daripada kelab tersebut selepas berbincang dengan Arteta berhubung peluangnya bersama Arsenal.

”Saya akhirnya menjadi [penjaga gol] nombor satu dan saya bersedia untuk perkara itu. Saya mengambil masa 10 tahun untuk mencapainya. Anda berlatih sebagai penjaga gol pada setiap hari, tetapi tidak ada yang mempersiapkan anda untuk kisah hidup anda.”

”Saya berfikir jika saya bermain baik pada perlawanan itu [bertemu Liverpool], saya akan menjadi [penjaga gol] nombor satu, tetapi selepas itu masih tidak jelas siapa yang akan bermula pada perlawanan liga.”

”Saya diberitahu bahawa ada 95 peratus peluang saya untuk bermain bertemu Fulham [perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris 2020/21], tetapi saya berfikir,’ kenapa tidak 100 peratus?’,” ujar Martinez menurut laporan The Independent.

”Ada sesuatu yang tidak kena. Semua orang mahu saya bertahan, tetapi saya itulah saya memutuskan untuk pergi.”

”Saya tidak marah atau emosi, malah saya berbangga kerana melakukannya. Apabila saya sampai di Arsenal, terdapat sembilan penjaga gol di hadapan saya. Setiap tahun saya perlu untuk membuktikan keupayaan saya, tetapi saya meninggalkan [Arsenal] sebagai [penjaga go] nombor satu. Cerita saya selesai di sana.”

”Pagi esoknya saya mengirimkan mesej kepada Mikel [Arteta]. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya, saya mengatakan saya memenangi trofi kerana cara dia melatih, cara dia mengubah pasukan.”

”Saya sangay mempercayai prosesnya, dia sangat luar biasa. [Ketika dia masih bergelar pemain], saya selalu berfikir dia seorang yang berbeza,” tambah Martinez lagi.

Beraksi bersama Aston Villa, Martinez bertindak cemerlang apabila berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ pada dua perlawanan awal EPL 2020/21 ketika bertemu Sheffield United dan Fulham manakala beraksi cemerlang ketika menentang Liverpool walaupun dibolosi dua gol.

Kredit featured image: Marc Atkins/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Emiliano Martinez dan Aston Villa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN