Gagal Ke Everton, Isteri Sergio Romero Luah Kekecewaan

Sergio Romero

Kegagalan Sergio Romero meninggalkan Manchester United membuatkan isteri kepada penjaga gol kelahiran Argentina itu berang dan meluahkan rasa kekecewaannya di media sosial peribadi miliknya.

Bertindak selaku penjaga gol kedua sejak musim 2015/16, Romero terpaksa diturunkan pangkat susulan kembalinya semula Dean Henderson ke Old Trafford selepas menikmati dua musim cemerlang bersama Sheffield United.

Romero sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Everton, namun tiada kata putus yang dapat dicapai sehinggakan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 itu membuat keputusan untuk mendapatkan kdidmat penjaga gol AS Roma, Robin Olsen secara pinjaman.

Perkembangan tersebut jelas membuatkan isteri Romero, Eliana Guercio kecewa sekali gus bertindak memuatnaik kata-kata yang mahu suaminya meninggalkan kelab gergasi England itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Eliana Guercio (@elianaguercio12) on

”Sergio Romero telah bekerja keras untuk kelab ini. Trofi terakhir yang mereka [Manchester United] menangi, mereka menjulang bersamanya.”

”Dia membantu kelab ini [layak] ke separuh akhir dan kemudiannya dia dipinggirkan di bangku simpanan seperti tidak berguna.”

”Sekarang adalah waktu untuk mengembalikan kesempatannya [untuk beraksi] dan membiarkan dia pergi. ‘BERIKAN SEDIKIT RASA HORMAT’,” ujar Eliana lagi.

Anggota skuad Argentina ketika muncul naib juara Piala Dunia 2014 itu menyertai Manchester United dari Sampdoria pada musim 2015/16 dan telah membuat 61 penampilan sepanjang enam musim bersama The Red Devils.

Beliau bagaimanapun masih boleh untuk berhijrah ke persaingan liga yang lebih rendah di England seperti EFL Championship kerana jendela perpindahan bagi liga tersebut hanya akan berakhir pada 16 Oktober ini.

Namun, perkara yang menjadi masalah utama ialah pasti tiada pasukan mampu untuk memenuhi tuntutan gaji diminta penjaga gol berusia 33 tahun itu.

Kredit featured image: James Williamson – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda