Sergio Romero: Anthony Martial Mempunyai Persamaan Dengan Lionel Messi

Penjaga gol kedua Manchester United, Sergio Romero menilai corak permainan Anthony Martial mempunyai sedikit persamaan dengan rakan senegaranya di Barcelona iaitu ​​Lionel Messi.

Menurut Romero, Martial mempunyai keupayaan melakukan kawalan bola dengan baik yang sama seperti Messi, terutama ketika mencapai kepantasan secara maksimum.

“Dia (Martial) adalah salah satu yang terbaik (kawalan bola) yang pernah saya lihat.”

“Saya fikir, satu-satunya pemain di dunia yang boleh berlari sambil bola masih dekat dengan kakinya adalah Lionel Messi.” kata Romero menerusi Goal.

“Messi boleh mengawal bola walaupun ketika ia sedang bergerak dengan cepat.”

“Saya fikir, dia dapat melakukan apa sahaja gerakan dalam permainan bola sepak.”

Di samping itu, menurut Romero lagi, persamaan antara Martial dan Messi adalah bagaimana kedua-dua pemain ini dapat mengubah visi mereka ketika bermain dalam situasi berlari dengan mengawal bola.

“Martial dan Messi sangat mirip ketika mereka berlari dengan kecepatan maksimum.”

“Mereka boleh menghentikan bola dalam beberapa saat.” kata Romero.

“Kemampuannya sama, Messi akan bergerak dengan bola, menguasainya, dan secara tiba-tiba boleh berhenti untuk mengubah kelajuan atau mengubah arah pergerakan.”

“Anthony boleh melakukannya dengan mudah dan sebenarnya dia telah melakukannya berkali-kali.”

“Dia melakukan lompatan bola dengan satu cara, berhenti secara tiba-tiba dan kemudian pergi kearah lain.” kata pemain Argentina tersebut.

Anthony Martial berpindah ke Manchester sebulan sebelum  Romero menyertai pasukan tersebut.

Manchester United menyempurnakan perpindahan penyerang Perancis itu pada September 2015 dengan rekod pindahan dicatatkan sebanyak GBP36 juta (RM230 juta) untuk kontrak selama empat tahun.

Bagaimanapun, prestasi Martial mengalami penurunan selepas kelab tersebut diambil alih oleh Jose Mourinho pada tahun 2016.

Dibawah Mourinho, Martial jarang mendapat kesempatan bermain terutama selepas kehadiran Alexis Sánchez.

Hal tersebut telah membuatkan Martial sendiri pernah menyuarakan keinginan untuk berhijrah keluar dari United pada musim panas akan datang.

Beberapa kelab besar seperti Chelsea, Arsenal, dan Juventus antara yang paling ketara menunjukkan minat untuk mendapatkan Martial.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN