Sokongan Exco Dan Kelab Penyokong Jadi Kekuatan Hasnul Untuk Pertahankan Jawatan Presiden PAFA

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dikecam hebat oleh penyokong Perak yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Segalanya bermula apabila Hasnul telah memuat gambar kontroversi – membawa balik Piala Malaysia ke rumahnya. Beliau juga telah bergambar dalam keadaan Piala Malaysia dikepitnya di celah kangkang. Ramai pihak termasuk penyokong Perak – peminat bola sepak – dan pundit – menganggap Hasnul tidak menghormati prestij dan nilai Piala Malaysia.

Ianya telah membuatkan Hasnul Zulkarnain membuat kenyataan maaf di atas kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Beliau meminta pihak yang berkongsi dan memuat naik gambar tersebut untuk memadamkannya.

Berkenaan kontroversi tersebarnya gambar Hasnul mengarak Piala Malaysia dengan beberapa individu – tanpa para pemain Perak – beliau menjelaskan itu hanyalah gambar promosi kepada Karnival Sinar Harapan.

Penyokong Perak sangat kerana para pemain serta jurulatih yang bersusah payah berjuang untuk memenangi piala tersebut seakan-akan tidak dihargai. Ada yang menuduh Presiden PAFA itu sebagai ‘syok sendiri’.

Penyokong Perak agak marah dengan tindakan beliau dan mendesaknya untuk meletakkan jawatan – beberapa kain rentang
turut dinaikkan di beberapa tempat di Perak. Di media sosial, Hasnul Zulkarnain dikecam teruk.

Ada kumpulan penyokong turut mengumpul tandatangan daripada orang ramai tanda sokongan kepada kempen untuk mendesak Hasnul Zulkarnain meletakkan jawatan. Laporan The Star menyatakan yang kempen itu berjaya mendapatkan kira-kira 2,000 tandatangan berjaya dikumpul di Jalan Horley pada Ahad lalu.

Penyokong mendesak Hasnul letak jawatan – Sumber Foto: The Star

Namun begitu, Presiden PAFA itu menyatakan beliau tak akan tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak. Beliau juga berpendapat ada pihak yang sengaja mahu mencalarkan imejnya kerana motif politik.

Hal ini kerana – menurutnya – beliau masih mendapat sokongan penuh daripada barisan Exco PAFA. Dipetik daripada Stadium Astro, Hasnul berkata: “Saya masih mendapat sokongan penuh daripada Exco PAFA dan mempunyai perancangan menyeluruh untuk meneruskan kesinambungan kejayaan Perak.”

Beliau mengakui kesilapannya dan berkata ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Selain daripada sokongan daripada Exco PAFA – beliau juga mengesahkan yang beberapa kelab penyokong Perak menyatakan sokongan kepada beliau.

“Saya sudah berhubung dengan dua tiga kelab penyokong dan mereka telah menyatakan sokongan kepada saya. Jadi, saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Saya berharap kumpulan yang menentang ini bersangka baik dan tidak bertindak seperti ada motif untuk menjatuhkan kerjaya politik saya,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN