Sepatutnya Tiba 18 Mac, Keluarga Rabih Ataya Terpaksa Berpatah Balik

Rabih Ataya UiTM FC PDRM Liga Super 2020

Pemain skuad kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya mengakui yang beliau sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia dan juga semakin serasi sebagai pemain sebuah pasukan yang berstatus universiti, iaitu UiTM FC.

Bukanlah mudah untuk tiba di Malaysia dan bermain bersama-sama majoriti pemain-pemain muda yang merupakan pelajar di UiTM, namun mereka kini semua sudah semakin serasi dan mula mendapat momentum secara perlahan-lahan.

Begitupun, sedikit masalah adalah, keluarganya sepatutnya tiba pada 18 Mac yang lalu, namun disebabkan Arahan Kawalan Pergerakan yang dijalankan di Malaysia, isteri dan anak-anaknya terpaksa berpatah balik semula ke Lubnan.

“Saya lihat situasi COVID-19 di Malaysia tidaklah terlalu berbahaya dan ianya akan berakhir dalam sedikit masa lagi. Ini kerana pihak kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk rakyatnya dan tugas kita adalah, ikut arahan dengan duduk di rumah.

“Isteri saya tidak dapat berada di sini kerana sepatutnya dia berangkat ke Malaysia daripada Qatar pada 17 Mac, namun saya terpaksa menghantarnya pulang ke Lubnan semula kerana Arahan Kawalan Pergerakan bermula keesokannya (18 Mac),” ujarnya.

Pemain yang telah tampil hampir 40 kali bersama skuad kebangsaan Lubnan ini telah berjaya membantu pendatang baharu CIMB Liga SUper 2020, UiTM FC dalam mencorakkan serangan dan mereka tampil lebih baik daripada jangkaan awal.

Dijangkakan akan bergelut untuk kekal di Liga Super, kehadirannya bersama beberapa lagi pemain import serta pengendali yang ‘bijak’ mengendalikan pemain muda, Frank Bernhardt, UiTM FC kini tidak lagi boleh dipandang sebelah mata.

Empat mata yang dikumpul selain berjaya mengikat juara Piala FA 2019, Kedah dalam aksi ketiga liga dengan keputusan seri 1-1, memberikan indikasi yang The Lion sedang menemui momentum mereka dalam saingan Liga Super.

Menurut Rabih Ataya, terpaksa bermain bersama pelajar pada awalnya agak sukar buat dirinya namun kini, beliau sudah mula serasi bersama mereka.

“Pada awalnya, agak sukar untuk bermain bersama pelajar ditambah pula saya tidak pernah bermain di Malaysia sebelum ini, namun ianya semakin baik selepas kami melalui beberapa aksi pra-musim dan juga perlawanan liga. Kami semakin serasi.

“Kami bermula baik dalam empat aksi pertama kerana kami bertemu dengan tiga pasukan kuat. Kami fokus untuk mencuri mata, namun tidak bernasib baik, kami gagal melakukannya ketika berdepan Melaka United dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kami bangkit dengan satu mata ketika menentang Kedah dan kemudian tiga mata berdepan PDRM FA. Empat mata adalah baik,” tambahnya lagi kepada The Star.

KREDIT FEATURED IMAGE: UITM FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Rabih Ataya:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN