Mehmed Durakovic Tidak Biasa Sendirian, Mula Rindukan Keluarga

Mehmed Durakovic Perak Selangor Liga Super 2020

Sepatutnya keluarga pengendali Perak, Mehmed Durakovic akan menjalani cuti sekolah musim luruh di Malaysia bersamanya, namun terpaksa membatalkan perjalanan selepas kerajaan Malaysia menghalang kemasukkan warga asing.

Ianya kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan oleh Malaysia selama dua minggu bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 akibat penularan pandemik CONVID-19 yang semakin teruk di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Mengakui rindu akan kehadiran mereka di sisinya, tetapi beliau bersyukur masih terdapat alternatif lain yang membolehkannya untuk menghubungi mereka.

“Saya perlu membuat panggilan video dan juga mesej dengan ahli keluarga di sana untuk kekal berhubung. Adakalanya mereka yang menghubungi saya,” ujarnya.

“Saya cuba untuk kekal positif, namun secara jujurnya, ia sangat sukar buat saya untuk menjauhkan diri daripada orang ramai kerana saya tidak biasa.

“Semua pemain dan barisan kejurulatihan terpaksa duduk di dalam rumah dan kehidupan seharian kita berubah,” tambah pengendali berusia 54 tahun itu lagi.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama perkara sebegini berlaku dalam kariernya dan bukan sahaja liga yang ditangguh, namun semua orang perlu melaluinya bersendirian. Ia agak janggal untuk sukan berpasukan sebegini.

Mehmed Durakovic menjelaskan, jurulatih kecergasan pasukan, Sam Pakiaraj telah memberikan tugasan di rumah kepada para pemain untuk mengisi masa terluang selama dua minggu ini agar mereka kekal cergas sementara liga berehat.

“Para jurulatih pula menonton semula aksi pasukan dan juga permainan pasukan lawan untuk dianalisis agar pasukan bersedia lebih baik selepas liga bersambung semula nanti,” jelas Mehmed Durakovic kepada portal The Star.

Perak memulakan musim 2020 dengan sangat baik, sesuatu yang diluar jangkaan selepas melihatkan persediaan mereka yang sedikit terganggu dan bermula lewat.

The Bos Gaurus kini di tangga kedua CIMB Liga Super 2020, dua mata di belakang penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan. Menariknya, Perak belum tewas sebagaimana JDT ketika ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: PERAK TBG

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Perak:

Leave a Reply