Faktor Mehmed, Leandro Dorong Guilherme De Paula Ke Perak

De Paula

Penyerang import baharu Perak, Guilherme De Paula mendedahkan bahawa faktor Mehmed Durakovic dan Leandro Dos Santos Oliveira menjadi antara penyebab beliau memilih untuk menyarung jersi pasukan tersebut pada musim 2020.

Penjaring lapan gol dalam saingan Liga Super 2019 ketika mewakili Kuala Lumpur itu turut melihat Perak memiliki barisan pemain tempatan yang berkualiti.

RASMI: Perak Dapat Sentuhan Guilherme De Paula

”Saya pernah bekerja di bawah ‘coach’ Mehmed [Durakovic] pada musim pertama saya di Selangor. Dia merupakan seorang jurulatih yang sangat baik dan mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak.”

”Di mana pada ketika itu saya turut beraksi bersama [Leandro] Dos Santos. Perak juga adalah sebuah pasukan yang kuat,” jelas De Paula bercakap kepada wakil Semuanya BOLA.

Perpindahannya ke Ipoh menyaksikan pertemuan semula De Paula untuk beraksi bersama-sama Leandro serta sekali lagi mendapat tunjuk ajar daripada Mehmed selepas ketiga-tiga mereka berpisah sebaik sahaja membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015.

Faktor Mehmed Durakovic dan Leandro Dos Santos antara yang mempengaruhi kehadiran De Paula ke Perak. Kredit foto: Khairol Rizal | Tigers Super Sports

”Saya sangat gembira [dapat kembali bersama], kami mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia 2015 selepas sekian lama Selangor tidak memenanginya.”

”’Coach’ Mehmed mendorong kami menjalankan tugas dengan cukup baik dan memberikan keyakinan yang sangat tinggi buat kami untuk beraksi.”

”Dos Santos pula merupakan seorang pemain yang bagus dengan mentaliti kemenangan dimilikinya. Kami yakin akan melakukan yang terbaik pada musim ini [2020].”

 

View this post on Instagram

 

Friendship #Amizade Captain Banana ?The Rock ? #championtogheter #whatplayer #unbilievable #fantastic

A post shared by ????????????? (@g.depaula10) on

Mengulas mengenai musim baharu yang akan dihadapi, pemain berusia 33 tahun itu tampak yakin beliau mampu menghadirkan sesuatu yang diharapkan penyokong Perak.

”Saya amat yakin, saya akan berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dan dalam masa sama membantu rakan sepasukan saya. Perak mempunyai barisan pemain tempatan yang berkualiti dan kami akan bersama-sama mencapai sasaran kami.”

”Harapan saya ialah pasukan ini [Perak] dan para penyokong dapat bekerjasama. Gembira dan meraih kemenangan bersama-sama. Ini kerana kita semua adalah satu keluarga. Kejor yob kejor!”

Selain daripada Guilherme De Paula dan Leandro Dos Santos, Perak turut akan diperkuatkan dengan seorang lagi pemain kelahiran Brazil iaitu Raianderson Da Costa Morais atau lebih mesra disapa ‘Careca’.

Kredit featured image: Mstar

 

 

Leave a Reply