RASMI: Perak Dapat Sentuhan Guilherme De Paula

Guilherme De Paula

Seperti yang kian tular di media sosial, Perak telah mengumumkan kehadiran penyerang kelahiran Brazil, Guilherme De Paula dalam usaha memantapkan jentera serangan pasukan bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia 2020.

Berita ini disahkan oleh laman Facebook rasmi Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu.

”Teka-teki mengenai kuota pemain impot The Bos Gaurus untuk musim depan akhirnya terjawab. Penyerang kelahiran Brazil ini telah menandatangani kontrak untuk menyertai skuad The Bos Gaurus baru-baru ini, dalam pertemuan dengan MB Peja yang juga Presiden PAFA.”

”De Paula menjadi watak penting membantu skuad The City Boys [Kuala Lumpur] muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 dengan meledakkan 27 gol. Semoga kehadiran De Paula akan menambah bisa jentera serangan The Bos Gaurus!”


Kehadiran De Paula telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan seorang lagi penyerang daripada Brazil, Ronaldo Henrique Silva yang tidak disambung kontraknya oleh PAFA.

Selain daripada membantu Selangor dan Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia 2015 dan Liga Premier 2017, Guilherme De Paula turut mengecap nikmat selaku penjaring terbanyak Liga Premier 2017.

Dengan perkembangan terkini itu, tiga kuota pemain import Perak diisi trio Brazil setelah skuad Yob itu turut mengekalkan Leandro Dos Santos Oliveira dan Raianderson Da Costa Morais.

Hanya slot Asia dan Asean masih belum diisi pengendali pasukan, Mehmed Durakovic.

Guilherme De Paula menjadi rekrut kedua buat Perak selepas membawa semula kapten yang juga pemain sayap kiri Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Mohamad Hafiz Ramdan.

Kredit foto: Asiana.my

Leave a Reply