Bekas Pengendali MPPJ FC, Micheal Feictenbeiner Dipilih Pengarah Teknikal Selangor FA

Selangor FA (FAS) menjadi salah sebuah pasukan paling rancak merencanakan persiapan dengan membawa masuk nama-nama besar untuk mendukung cabaran Liga Malaysia 2020.

Brendan Gan, Safuwan Baharudin, Nick Swirad, Nor Hakim Hassan, Rodney Celvin dan Taufiq Ar Rasyid Johar adalah barisan pemain yang telah disahkan menyertai Selangor untuk musim hadapan.

Gergasi Lembah Klang itu turut dikaitkan dengan seorang lagi pemain tempatan, dan khabar angin mengatakan Selangor akan memperkenalkan pemain tersebut dalam masa terdekat.

#HBS2019: KENALI SKUAD SELANGOR 2020! ?

4 HARI LAGI‼️

Ayuh datang ke Hari Bola Sepak Selangor pada 14 Disember ini di…

Posted by FA Selangor on Tuesday, December 10, 2019

Namun persiapan Selangor FA sebenarnya tidak terhad kepada perancangan untuk musim akan datang sahaja.

Melalui laporan Stadium Astro pada hari ini, Setiausa Agung FAS, Dr. Johan Hamidun turut mengesahkan individu yang akan mengisi jawatan Pengarah Teknikal persatuan itu mulai musim 2020.

Individu yang dimaksudkan ialah Micheal Feictenbeiner, bekas pengendali MPPJ FC.

Antara tugasan Feictenbeiner bersama Selangor ialah untuk membantu persatuan itu di dalam aspek pembangunan, selain memastikan pemain muda dari skuad Selangor II, Piala Presiden, dan Piala Belia mampu diserap ke skuad utama pada masa hadapan.

Foto: FA Selangor

“Pengalamannya dalam pembangunan [bola sepak] sangat luas. Dia pernah terlibat dengan pasukan Stuttgart, Salzburg dan skuad kebangsaan Jerman,” ujar Dr. Johan kepada wartawan Stadium Astro.

“Dia bekerja dengan amat rapat bersama Persatuan Bola Sepak Jerman dan ketua jurulatih, Joachim Low.

“Jadi, itulah perkara-perkara [ciri-ciri] yang kami lihat dia mampu bawa ke dalam pasukan Selangor.”

Selain daripada itu, Dr. Johan juga mengesahkan jurulatih dari Jerman itu akan menjadi Ketua Jurulatih Selangor II di saingan Liga Premier tanpa khidmat pemain import.

Foto: FA Selangor

“Selepas dua tahun, kita akan dapat lihat satu sistem yang digunakan pasukan Selangor daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat senior.

“Itulah yang kami mahu ciptakan. Ia mungkin memakan masa tetapi kami yakin ia merupakan jalan yang tepat dan dia merupakan individu yang tepat untuk [kami] mencapai sasaran itu,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN