Sains Di Sebalik Keperluan Penjagaan Nutrisi Yang JDT Amalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Apabila bercakap mengenai diet dan pengambilan nutrisi, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita pastinya mengenai pengambilan makanan yang seimbang.

Tubuh badan manusia memerlukan kadar nutrisi yang betul untuk kekal sihat. Tubuh badan yang sihat membenarkan individu menyertai pelbagai jenis aktiviti tanpa sebarang masalah, selain mengurangkan risiko kecederaan.

Sejarah nutrisi dalam bola sepak

Ini adalah sejarah ringkas mengenai pengambilan nutrisi di dalam bola sepak. Jepun adalah antara negara terawal yang menekankan pengambilan nutrisi yang betul di dalam diet pemain bola sepak.

Malah negara tersebut memperkenalkan pengambilan diet yang betul sejak awal penubuhan Liga Jepun pada awal 1990 an.

Bola sepak di England misalnya mungkin lebih hebat berbanding bola sepak di Jepun. Tetapi pengambilan nutrisi yang betul di kalangan pasukan di Liga Inggeris hanya bermula kira-kira 23 tahun yang lalu.

TOYOTA, JAPAN – JANUARY 24: (CHINA OUT, SOUTH KOREA OUT) Nagoya Grampus Eight new head coach Arsene Wenger (3rd L) and players warm up during the first training of 1995 season at Toyota Sports Center on January 24, 1995 in Toyota, Aichi, Japan. (Photo by The Asahi Shimbun via Getty Images)

Pengambilan nutrisi yang betul bersama diet seimbang mulai diperkenalkan secara serius oleh Arsene Wenger ketika beliau baharu menyertai Arsenal pada 1996.

Selepas bergelar pengendali di Jepun, Wenger mendapati para pemain Arsenal dipengaruhi oleh tabiat alkoholik yang kronik.

Kebanyakan mereka mengambil kesempatan pada waktu ‘off’ latihan untuk berhibur dengan menganjurkan parti ‘The Tuesday Club’.

Kebiasaannya, mereka akan berkumpul selepas tamat latihan pada hari Selasa dan mula berparti hingga ke awal pagi hari Khamis kerana hari Rabu ialah hari ‘off training’.

Tidak hairanlah prestasi Valencia CF musim ini cemerlang. Hanya 4 mata di belakang Barcelona, di kedudukan ke-2 La Liga. Apa rahsia mereka?

Baca menerusi Instant Article: http://bit.ly/2hnWtel

Posted by Semuanya BOLA on Monday, October 30, 2017

Perkara sebegini sebenarnya bukan perkara baharu di dalam bola sepak Inggeris. Ia sebahagian daripada budaya bola sepak di sana.

Tabiat tidak sihat di Arsenal itu diubah oleh Wenger. Kita tahu hasilnya selepas itu apabila Arsenal bangkit menjadi salah satu pencabar utama Liga Inggeris.

Pada hari ini, setiap kelab utama di Liga Inggeris mempunyai sekurang-kurangnya satu pakar nutrisi untuk memantau perkembangan pemain baik ketika pra musim, atau ketika musim sedang berjalan.

Keperluan nutrisi kepada pemain bola sepak

Ada dua sebab utama mengapa pemain bola sepak profesional harus menekankan pengambilan nutrisi yang betul.

Pertama, nutrisi dianggang penting untuk perkembangan pemain demi menghasilkan prestasi terbaik di atas padang.

Pemakanan yang sihat dan penjagaan diet merupakan keperluan wajib yang membantu pemain bola sepak membina otot, memperbaiki daya pemikiran dan juga untuk perkembangan fizikal.

Sangat penting untuk para pemain muda sentiasa mengambil makanan nutrisi untuk memastikan badan mereka mempunyai tenaga dan protein yang diperlukan.

Kalau di Malaysia, pemain tempatan lebih gemar makan ‘shellout’ atau nasi kandar selepas tamat perlawanan.

Posted by Semuanya BOLA on Sunday, August 5, 2018

Setiap makanan dan minuman yang mereka ambil adalah sangat penting  kerana ia mampu memberi impak kepada prestasi fizikal mereka ketika sedang menjalani latihan ataupun sedang bermain dalam perlawanan penting.

Kedua, nutrisi yang betul membantu pemain untuk mengelakkan diri dari kecederaan.

Pada musim 2017/18 misalnya, pemain pertahanan Arsenal, Hector Bellerin terpaksa menukar nutrisi yang diambilnya sepenuhnya akibat kecederaan yang kerap menimpa dirinya.

Selepas dicadangkan oleh pakar nutrisi, Bellerin memutuskan untuk mengamalkan diet yang bebas daging, dan mengambil makanan lain sebagai sumber utama protein.

Lupakan jajan dan roti canai, pemain muda perlu dididik amalkan diet pemakanan yang betul.

Baca menerusi instant article : http://bit.ly/2hjtFnd

Posted by Semuanya BOLA on Sunday, October 29, 2017

“Saya mulai mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran mulai musim lepas [2016/17],” ujar Bellerin.

“Pada mulanya saya hanya mahu melakukannya selama beberapa minggu dengan tujuan untuk melakukan detox terhadap sistem tubuh badan.”

“Namun saya merasa lebih baik selepas mengamalkannya. Oleh itu saya terus melakukan amalan tersebut dan telah melakukannya selama 6 bulan sekarang,’ ujar Bellerin kepada Evening Standard.

Seperti pepatah Inggeris katakan, ‘No Pain, No Gain.’ ???❌

Baca menerusi Instant Article: http://bit.ly/2JdnKfQ

Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, April 3, 2018

Lain individu mungkin mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza. Begitu juga dengan pemain bola sepak.

“Saya sentiasa mempunyai masalah di buku lali selepas perlawanan kompetitif. Biasanya, ia akan membengkak dan membuatkan rasa tidak selesa kerana kesakitan.”

“Mengamalkan perubahan diet sebegini sebenarnya akan membuatkan proses pemulihan mengambil sedikit masa. Namun menjelang hari ketiga, saya akan berasa lebih cergas dari kebiasaan.”

JDT mulai memberi penekanan kepada nutrisi

Melalui perkongsian di platform media sosial kelab sebentar tadi, JDT turut berkongsi akan keperluan makanan berkhasiat untuk pemain-pemainnya.

“Kami memberi tumpuan kepada setiap ‘detail’ di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT),” ujar muat naik tersebut.

“Kami mempunyai pakar nutrisi dan memastikan pemain mengetahui kandungan khasiat seperti karbohidrat, kalori, protein dan lemak dalam setiap item makanan.”

Penggunaan pakar nutrisi dan memastikan pemain mengambil makanan yang diperlukan menjadikan JDT sebagai pasukan pertama di Liga Super yang menekankan pengambilan nutrisi yang betul di kalangan pemain.

Bakal bersaing di pertandingan Liga Juara-Juara Asia 2020, dan tiga pertandingan domestik utama, bermakna skuad Harimau Selatan perlu memastikan setiap pemain sentiasa perlu berada di dalam prestasi terbaik untuk mengharungi musim yang panjang.

Lebih dari itu, ia demi memastikan JDT mampu menjadi pencabar utama di setiap pertandingan – sekaligus menunjukkan betapa serius pasukan itu akan menghadapi cabaran pada musim hadapan.

Rumusan

Pengambilan nutrisi di kalangan pemain bola sepak profesional mungkin merupakan perkara baharu di Liga Malaysia.

Namun ia adalah satu perkara yang perlu diberi penekanan khusus. Bola sepak bukan sekadar daripada tampil di atas padang untuk memenangi perlawanan dan juga trofi.

Bola sepak yang maju dan moden pada hari ini memerlukan setiap perincian termasuk nutrisi diberikan penekanan demi memastikan kelangsungan pemain dan juga kelab.

Tahniah kepada JDT yang menjadi pelopor di dalam aspek nutrisi di Liga MalaysiaQ

PERCUMA: Bandage Lekat Sendiri

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U