LBR 2017: Serian Sedia Halang Final Derbi Mini Gua Musang Dan Bachok Di Final

Dalam kesibukan cuti panjang Hari Pekerja, bola sepak di negara ini diteruskan dengan agenda biasa. Sebagaimana ramai sudah ketahui, Liga Bola Sepak Rakyat 2017 memasuki fasa semi final.

Perlawanan separuh akhir pertama telah diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu. Berikut, reviu perlawanan tersebut.

Keningau 2-3 Gua Musang

Keningau menjadi hos pada perlawanan pertama. Gua Musang menewaskan Keningau di hadapan penyokong sendiri dengan 3 gol berbalas.

Perlawanan antara Keningau menentang Gua Musang dihadiri oleh tetamu istimewa. 

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Mohd Ayob telah sudi meluangkan masa untuk menonton perlawanan tersebut. Turut hadir, Presiden Pasukan LBR Gua Musang, Ab Aziz Yusof.

Namun, penjaga gol Gua Musang, Zulfazli Zawawi telah mengalami kecederaan. Pemain tersebut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Diberitakan pemain tersebut stabil dan dibenarkan keluar.

Serian 2-1 Bachok

Serian pula menjadi hos perlawanan ini menentang Bachok pada Ahad. Serian hanya menang tipis terhadap lawan mereka itu.

Menurut Penolong Jurulatih Bachok, Saidi Mamat, perjalanan jauh pasukannya tidak langsung memberi impak.

Tetapi, bekalan satu gol di tempat lawan akan menjadi tonik positif pada perlawanan kedua di Bachok nanti.

Perlawanan kedua

Menurut laman rasmi LBR, perlawanan kedua bakal diadakan pada 6 Mei 2017 (Sabtu). Namun, masih tidak dapat dipastikan masa sebenar perlawanan itu akan dilangsungkan.

Gua Musang akan menjadi hos untuk perlawanan menentang Keningau. Begitu juga Bachok yang melayani kunjungan Serian.

Kepada penyokong Gua Musang dan Bachok, jangan lupa untuk memenuhi ruang untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Bola Sepak Rakyat 2017.

Impian untuk melihat pertarungan 2 pasukan dari Negeri Cik Siti Wan Kembang masih ada lagi. Ia akan menjadi derbi mini.

Tak lupa juga, jika Sabah dan Sarawak sudah lama tidak bertemu dalam derbi Borneo, mungkin Serian dan Keningau boleh memberikan kita derbi Borneo mini di final kelak.

Kredit

Satu kredit perlu diberikan kepada barisan admin beberapa pasukan kerana menggunakan media sosial untuk berinteraksi.

Sebagai contoh, Presiden Gua Musang FA telah menggunakan laman sosial peribadinya untuk berkongsi info mengenai aktiviti pemainnya.

Selain itu, pasukan Keningau juga menggunakan kemudahan Facebook Live untuk menampilkan perlawanan pertama separuh akhir.

Begitu juga dengan admin ‘page’ rasmi Liga Bola Sepak Rakyat yang melakukan sedemikan untuk perlawanan Serian menentang Bachok.

Kami di Semuanya Bola berpendapat wajarlah setiap pasukan bertanding dalam saingan LBR memanfaatkan laman sosial untuk mendekatkan diri dengan penyokong.

Ya, ia bakal mengambil masa, tetapi tidak salah untuk mencuba bukan?

Baca juga: Menjelang Separuh Akhir LBR 2017, Bachok, Serian, Keningau Dan Gua Musang Sudah Bersedia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN