Menjelang Separuh Akhir LBR 2017, Bachok, Serian, Keningau Dan Gua Musang Sudah Bersedia

LBR 2017 adalah edisi ke-2 Liga Bola Sepak Rakyat selepas penganjurannya julung kali musim lalu.

Tanpa ramai sedar, LBR 2017 telah memasuki peringkat separuh akhir. Ia bakal diadakan pada hujung minggu ini.

Separuh akhir ini akan menggunakan format timbal balik sebagaimana format suku akhir.

Undian

Keningau diundi bersama Gua Musang manakala Serian diundi berhadapan Bachok. Perlawanan pertama akan diadakan pada minggu ini, manakala perlawanan kedua akan diadakan pada minggu hadapan (awal Mei).

Previu: Keningau lawan Gua Musang

Perlawanan antara Keningau menentang Gua Musang akan diadakan pada 29 April 2017 jam 8 malam. Perlawanan diadakan di Kompleks Sukan Keningau.

Menurut jurulatih Keningau, Sueli Apin kepada laman Facebook rasmi Liga Bola Sepak Rakyat:

“Bekalan selesa perlu dibawa untuk aksi timbal balik kerana kami percaya memiliki kekuatan seandainya Keningau hadir tanpa jaringan gol yang besar.”

Pada perlawanan suku akhir sebelum ini, Keningau telah menewaskan cabaran Paya Besar secara agregat.

Bachok pula yang terbang menyeberangi Laut China Selatan akan menghadapi kesukaran. Mereka sudah pun bertolak ke Negeri Di Bawah Bayu itu pagi tadi.

Semalam mereka juga dapat suntikan semangat daripada individu berpengaruh tempatan. Bachok menewaskan Cheras Premier secara agregat 4-3 dalam pertembungan suku akhir.

Previu: Serian lawan Bachok

Perlawanan antara Serian menentang Bachok pula diadakan pada esoknya, 30 April (Ahad) jam 4 petang. Perlawanan akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Serian.

Pasukan Serian sewaktu perlawanan Suku Akhir di Kangar.

Tumpuan terarah kepada Serian kerana debut yang cemerlang. Serian baru sahaja menyertai saingan LBR musim ini tetapi sudah menuju ke separuh akhir. Serian menewaskan Kangar 2-0 pada perlawanan suku akhir sebelum ini.

Bachok, sebagaimana Gua Musang turut ke seberang Laut China Selatan. Mereka menewaskan Manjung dengan agregat 4-3. Agaknya bagaimanalah tekanan dihadapi oleh dua wakil Kelantan ini?

Mari turun dan sokong!

Kepada penduduk sekitar Keningau dan Serian, turun beramai-ramai untuk menjayakan perlawanan pertama separuh akhir Liga Bola Sepak Rakyat 2017.

Kepada penduduk di Bachok dan Gua Musang juga, kosongkan tarikh anda pada minggu hadapan! Turun ke padang dan sokonglah pasukan kesayangan anda!

Kami merasakan group / page Facebook komuniti tempatan wajar mempromosikan lebih LBR ini di tempat anda! Jika tidak anda, siapa lagi?

Baca juga: Video: Pertarungan Paolo Maldini vs Overmars, Euro 2000

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN