KFA Nafikan Khabar Angin Yang Mengaitkan Perpindahan Liridon Ke JDT

Liridon ke JDT, antara khabar angin yang mewarnai bola sepak negara kita sejak beberapa hari ini.

Dengan jendela perpindahan pemain yang akan dibuka tidak lama lagi, ramai penyokong Kedah mulai resah dengan khabar angin ini.

Mana tidaknya, ia melibatkan pemain utama pasukan mereka iaitu Liridon Krasniqi. Liridon telah menjadi nadi pasukan Kedah sejak hari pertama beliau di Kedah.

Pada musim 2015, Liridon menjadi watak penting dalam membawa Kedah kembali ke arena tertinggi bola sepak domestik di negara kita.

Liridon sudah membantu Kedah memenangi Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Musim ini hajat besar peminat Kedah pastinya untuk melihat pasukan Kedah mencabar kejuaraan Liga Super.

Baru-baru ini, FMLLP sudah mengeluarkan pekeliling yang menyatakan, pasukan atau kelab di Malaysia boleh melakukan perpindahan pemain import pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Ini pada pada masa yang sama membolehkan pemain import ada hak ke atas karier mereka. Banyak kes sebelum ini pemain import kerap ditamatkan kontrak mengejut.

Sebagai kontra mereka tidak boleh memilih keluar daripada kelab menerusi sistem tebus kontrak ataupun perpindahan menerusi regulasi standard.

Bercakap keada Bernama, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminunddin Omar menjawab spekulasi itu.

Beliau menegaskan Kedah tidak ada hasrat untuk melepaskan pemain yang masih ada baki kontrak sehingga 2018 itu.

Beliau berkata:

“Ramai penyokong kita mula gusar apabila mendengar berita ini, namun sebenarnya ia hanyalah khabar angin, jadi tiada yang perlu dibimbangkan.”

Liridon Krasniqi of Kedah (Red) in action during FA Cup match between Perak and Kedah at Stadium Perak on 11 March 2017. Photo by Zulkifly Abdul Hamid / www.asiana.my

Beliau turut menjawab isu kemerosotan prestasi Kedah dalam beberapa perlawanan ini.

Beliau menegaskan, KFA sedang mencari pengganti kepada Tan Cheng Hoe yang akan menabur bakti sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan selepas ini.

KFA ada beberapa calon namun mereka tidak mahu terlalu tergesa-gesa dalam perlantikan ini. KFA mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk keserasian calon tersebut dengan pasukan Kedah yang sedia ada.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Peranan Liridon Mengubah Struktur Pasukan Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN